Connect with us

Oh! Media

Bahaya Kencing Berbuih! Ini 4 Punca Mengapa Ia Terjadi

kencing berbuih

Oh! Lifestyle

Bahaya Kencing Berbuih! Ini 4 Punca Mengapa Ia Terjadi

Air kencing berbuih? Jika ya, jangan ambil mudah kerana itu bukan hanya disebabkan kita kencing terlalu cepat, tetapi mungkin kerana masalah kesihatan lain. Memetik laporan Healthline, air kencing berbuih disebabkan dehidrasi dan boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang kita.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah 4 punca lain yang boleh menyebabkan kencing berbuih:

1. Dehidrasi

Jika kencing kita menjadi gelap dan pekat berbanding biasa, ia mungkin disebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi. Air yang kurang di dalam badan tidak dapat mencairkan bahan lain di dalam air kencing seperti protein.

Protein yang masuk ke dalam badan mengandungi surfaktan dan ia akan terhasil bila kandungan protein terlalu banyak. Disebabkan itu air kencing kita akan berbuih kerana ia terlalu pekat. Disebabkan itu kita digalakkan untuk banyak meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2. Penyakit buah pinggang

Cecair yang tidak diperlukan badan akan disaring dahulu di buah pinggang. Protein dalam darah juga akan disaring melalui buah pinggang. Protein amat penting dalam tubuh manusia antaranya adalah untuk menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Jika buah pinggang mula hilang fungsinya, protein akan bocor dari ginjal dan akan masuk terus ke dalam air kencing. Protein tidak sepatutnya masuk ke dalam air kencing dan jika ia masuk itu bermakna ginjal bermasalah. Ini akan menyebabkan air kencing menjadi berbuih.

3. Kehadiran albumin dalam urin

Jika korang mengalami kencing berbuih berpanjangan, korang mungkin mengalami penyakit proteinuria. Tanda-tanda lain penyakit ini adalah kulit berasa gatal, mual, sesak nafas, kaki menjadi bengkak dan cepat rasa penat.

Kehadiran albumin dalam air kencing juga akan membuatkan kita kerap buang air kecil dan muntah-muntah. Kalau semua tanda-tanda ini korang alami, cepat lakukan pemeriksaan kesihatan dan dapatkan rawatan.

4. Diabetes

Apabila kandungan albumin yang tinggi masuk ke dalam buah pinggang, itu bermakna kita juga telah mengidap diabetes. Tindak balas inilah yang menyebabkan kencing kita berbuih.

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa kerosakan pada mikrovaskular ginjal (pembuluh darah kecil) dan sistem penapisan kerana nefropati diabetik memungkinkan protein masuk ke dalam air kencing dengan lebih bebas.

Penyakit ini dipanggil sebagai diabetes jenis 2 dan berikut adalah tanda-tanda lain sakit ini. Korang mungkin akan mengalami mulut kering, penglihatan menjadi kabur, mudah berasa haus, rasa lapar dan kegatalan pada kulit.

Kredit: Doctoroncall

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas