Connect with us

Oh! Media

Aok Down Ke Tu? Tak Sangka Ini Rupanya 5 Kisah Personaliti Unbeatable Tak Ramai Tahu

Duta Unbeatable Umobile

Branded

Aok Down Ke Tu? Tak Sangka Ini Rupanya 5 Kisah Personaliti Unbeatable Tak Ramai Tahu

Untuk meraih matlamat hidup dan mengecapi kejayaan bukanlah semudah diucapkan. Rintangan dan halangan dihadapi menjadikan kejayaan lebih manis untuk dikenang. Apa itu kejayaan? Kami himpunkan 5 anak Malaysia dengan pencapaian luar biasa dan tak terbanding untuk kita semua jadikan inspirasi membuktikan tiada yang mustahil dengan usaha keras.

Datuk Abdul Latif Romly

latif romly

Fakta menarik: Pecah 3 rekod dunia dalam sehari

Bukan satu, bukan dua tapi tiga rekod dunia dipecahkan atlet ini dalam sehari untuk acara lompat jauh (T20) di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro pada 2016. Mempunyai masalah pembelajaran tidak pernah mematahkan semangat Latif bagi memberikan yang terbaik dalam sukan ini. 

Sebelum bersinar di peringkat antarabangsa, Latif terlebih dulu menempa nama di peringkat kebangsaan dan Asia Tenggara dengan meraih pingat emas dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014, Asean Para Games 2015, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015 dan Paralimpiad Sukma Sarawak 2016.

Ikuti kisah jatuh bangun Latif di sini:

Siti Rahmah Mohamed Nasir

siti rahmah mohamed nasir

Fakta menarik: Pernah berkecimpung dalam taekwondo, apabila berhenti, jurulatihnya pernah mengatakan dia tidak akan berjaya di luar sana.

Srikandi silat Malaysia, Siti Rahmah Mohamed Nasir menggerunkan lawan di gelanggang dengan empat pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula pada tahun 2012, 2014, 2016 dan 2018 bagi Kelas E.

Sepanjang bergelar pesilat, Olahragawati Kebangsaan 2016 itu sudah merangkul dua pingat emas dalam temasya Sukan SEA di Singapura 2015 dan Sukan SEA di Kuala Lumpur 2017 dalam Kelas Putri D dan E.

Telusuri kisah Siti Rahmah dalam video menyayat hati ini:

Red Hong Yi

red hong yi

Fakta menarik: Lukis Yao Ming tanpa berus batu loncatan mula dikenali secara online

Namanya mula menjadi sebutan apabila mencabar kemungkinan melukis tanpa berus. Videonya melukis potret legenda bola keranjang, Yao Ming menggunakan bola keranjang dan cat merah 11 tahun lalu masih segar di ingatan peminat seni.

Anak kelahiran Sabah ini melanjutkan pendidikan tinggi dalam bidang arkitek di Melbourne, Australia. Tidak terhenti sekadar karya Yao Ming yang menaikkan namanya, Red terus berkarya menggunakan uncang teh, telur, batang saderi, stokin dan banyak lagi.

Mesti ramai nak tahu kisah Red kan? Jom kita ikuti di sini:

Azua Shafii

azua shafii

Fakta menarik: Azua mampu menahan nafas selama 5 minit dan menyelam pada kedalaman pada rekod 61 meter.

Berapa lama korang boleh tahan nafas di dalam air? 20 saat atau 1 minit? Azua Shafii mendedikasikan hidupnya untuk ‘hidup’ dalam air sehingga menggelarkan dirinya duyung!

Azua kini menyandang gelaran juara freediving dengan rekod di peringkat kebangsaan dan Asia Tenggara. Pada 2016, Azua mencatat rekod kebangsaan di AIDA Team World Championship di Kalamata, Greece selain di ID: Apnea Pool Competition. Ketika ini juga Azua menduduki tangga teratas di Malaysia untuk rekod 171m Dynamic Apnea With Bifins (DYNB).

Bukan senang nak dapat pencapaian seperti Azua seperti diceritakannya dalam sesi temubual ini:

Theena Thayalan

theena thayalan

Fakta menarik: Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) termuda raih emas.

Hanya beberapa tahun menceburkan diri dalam sukan tinju, Theena Thayalan membuktikan tempoh dalam sukan itu bukan penentu mutlak untuk mencipta nama. Hasilnya, dia menjadi penerima pingat emas termuda SUKMA.

Dalam satu pertarungan di Boxranx’s Boxingfest, Theena menundukkan lawannya Yudi Hartanto hanya dalam masa 25 saat! Ketika itu dia hanya berusia 19 tahun, mendapat perhatian peminat tinju dan memberi harapan besar untuk bakatnya dikenali di peringkat lebih tinggi tidak lama lagi.

Setiap daripada mereka membuktikan pencapaian yang tidak terlawan hebatnya. Pencapaian mereka ini seharusnya menjadi inspirasi dan pendorong semangat untuk kita semua meraih lebih lagi dengan usaha yang gigih.

Anak muda yang penuh aspirasi, patut menjadi inspirasi ramai dengan mengikuti kisahnya di sini:

Raikan semangat personaliti Unbeatable dengan U Mobile

Dengan Ultra Hotspot 5G, korang boleh hotspot pelan U Postpaid sehingga 1,000GB Data 5G tanpa adanya sekatan kelajuan. Promo Masa Terhad ini kalau korang daftar sekarang, boleh terus digunakan SEUMUR HIDUP!

Paling best, Ultra Hotspot 5G ini boleh kongsi data dengan semua jenis peranti seperti laptop, smart TV, tablet dan sebagainya. 

Bukan tu je, U Postpaid 38 kini memberikan 2 kali ganda kuota. Pelanggan boleh menikmati Data Berkelajuan Tinggi 60GB dan panggilan tanpa had pada hanya RM38 sebulan. 

Pasca bayar U Postpaid juga memberikan data roaming 15GB percuma untuk setiap bulan dan panggilan masuk untuk 63 destinasi. Tak perlu risau lagi bila perlu travel untuk kerja atau bercuti.

Peranti lama mula buat hal dan tidak sokong 5G? Nak upgrade kepada peranti 5G dan langgan U Pasca Bayar. Nikmat pembayaran lebih fleksibel dengan 0% faedah melalui U PayLater dan lebih jimat dengan U SaveMore.

Bukan tu je, lebih jimat, korang juga boleh nikmati sehingga 6 U FamilyShare hanya dari RM38 bagi setiap line untuk berkongsi 1,000GB! Jimat kan? 

Maklumat lanjut boleh didapati dengan mengunjungi laman web U Mobile dan mengikuti laman sosial mereka di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas