Connect with us

Oh! Media

Elak Simpan Dalam Kereta! Ini 5 Barang Yang Tersenarai, Take Note Semua

Oh! Lifestyle

Elak Simpan Dalam Kereta! Ini 5 Barang Yang Tersenarai, Take Note Semua

Boleh dikatakan setiap keluarga memiliki sebuah kereta untuk digunakan sebagai rutin harian. Jadi, pasti ada pelbagai barangan peribadi yang korang bawa bersama ketika keluar dan simpan dalam kereta. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 barang yang akan rosak jika disimpan dalam kereta.

ADVERTISEMENT

Botol Air

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita singgah membeli botol air dan diletakkan dalam kereta setiap kali hendak memulakan perjalanan yang jauh. Walaubagaimanapun, korang kena pastikan botol air tersbeut tidak dibiarkan dalam kereta dalam tempoh masa yang lama kerana bahan terdapat dalam botol plastik akan meresap ke dalam air jika ia terdedah pada cuaca yang panas.

Minyak Wangi

Ohmedia faham korang suka letak minyak wangi dalam kereta. Mudah untuk korang gunakan setiap kali hendak pergi berjalan atau jumpa seseorang. Namun, tidak semua tahu bahawa suhu panas yang terdapat dalam kenderaan boleh menyebabkan bau minyak wangi tersebut hilang.

Dokumen Penting

Buat mereka yang sudah berkerja di pejabat pasti akan ada dokumen penting yang disimpan dalam kereta. Justeru itu, korang perlu elakkan perkara tersebut kerana malang tidak berbau. Sekiranya kereta dipecah masuk atau dilarikan pencuri, dokumen tersebut akan hilang serta isi kandungannya dibocorkan.

Lipstik

Untuk isu ini Ohmedia lebih fokus kepada orang perempuan kerana mereka gemar memakai lipstik di dalam kereta. Namun mereka tidak sedar bahawa lipstik mudah cair jika terdedah kepada suhu atau cuaca yang panas. Jadi, elakkan untuk simpan lipstik di dalam kereta.

Pemetik Api

Buat korang yang suka menghisap rokok jangan sesekali meninggalkan pemetik api dalam kereta. Tekanan dan juga suhu dalam kenderaan boleh menyebabkan ia meletup dan akan memberi kesan pada ruang dalaman kereta korang.
OHMEDIA: SEMOGA TIPS INI MEMBERI MANFAAT PADA KORANG YANG GEMAR SIMPAN BARANGAN TIDAK SEPATUTNYA DI DALAM KERETA
+ Baca respon pembaca 5 jenis barang yang akan rosak jika simpan dalam kereta di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas