Branded
4 Sebab Kenapa Wangsa Maju Jadi Pilihan Ramai Untuk Diduduki
Oleh
Kalau ditanya lokasi mana yang akan menjadi pilihan untuk diduduki sekitar Lembah Klang, pastinya Wangsa Maju menjadi antara jawapan popular. Ini sebab mengapa Wangsa Maju menjadi pilihan ramai untuk menjadi lokasi kediaman.
Fasiliti serba lengkap
Nak apa, semuanya ada di kawasan sekitar! Bila dah ada rumah, mestilah nak beli barang keperluan kan? Pusat beli-belah dari Melawati Mall, KL East Mall, Wangsa Walk Mall, Setapak Central Mall, AEON Alpha Angle, AEON BiG sampailah Wangsa Walk, semuanya ada untuk penduduk sekitar mendapatkan keperluan masing-masing tanpa perlu memandu jauh.
Selain itu, kemudahan lain seperti hospital, sekolah, universiti serta kawasan komersial juga berdekatan dengan kawasan ini.
Mudah diakses
Wangsa Maju juga mudah diakses melalui beberapa lebuhraya seperti Jalan Ampang, Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) dan lebuh raya baru Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE/DUKE3).
Senang je kalau nak ke bandar KL, Mid Valley atau Bangsar, cuma perlukan 15 hingga 20 minit untuk sampai tanpa traffic jam.
Pengangkutan awam pun dekat
Ketika ini stesen LRT berdekatan Wangsa Maju adalah stesen Sri Rampai, Wangsa Maju dan Setiawangsa.
Kawasan perumahan sedang dibina
Dengan adanya kemudahan kawasan sekitar, makin banyak kawasan perumahan dibangunkan untuk memenuhi permintaan. Bukan sahaja sesuai untuk diduduki, malahan menjadi pilihan sebagai aset pelaburan jangka masa panjang.
Wangsa Maju dijangka menjadi kawasan semakin pesat membangun membuatkan lokasi ini sebagai pilihan kediaman.
Dekat dengan alam semulajadi
Satu lagi nilai tambah untuk Sunway Artessa ini adalah terletak berhampiran Bukit Tabur. Jadi, bagi mereka yang bosan dengan hiruk-pikuk bandar, apa kata ambil masa untuk mendaki bukit ini bersama kawan dan keluarga. Boleh juga berjogging dan brisk walk di kawasan sekitar, mengeluarkan peluh dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Kenapa Sunway Artessa patut jadi pilihan?
Pasaran hartanah merupakan pilihan pelaburan yang terbaik dan menguntungkan sekiranya korang membeli hartanah di kawasan yang tepat dengan status hak pegangan kekal dilengkapi segala kemudahan. Sedang dalam proses pembinaan adalah projek Sunway Artessa yang terletak hanya 6.5 km dari bandar KL atau berjarak 6 stesen LRT sahaja untuk pengguna pengangkutan awam. Bukan tu je, banyak lagi keistimewaan projek ini korang kena tahu!
Lokasi strategik
Bimbang tersekat dalam kesesakan trafik? Boleh je berjalan dari rumah ke LRT Sri Rampai yang dihubungkan dengan laluan bertutup, hanya 500 meter sahaja.
Selain itu, kediaman ini juga terletak 3km dari Columbia Asia Hospital dan 5km dari Hospital Gleneagles yang penting bagi saat-saat tidak diduga.
Ada anak-anak masih belajar? Sunway Artessa ini hanya 5km dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai, Sri Utama International School, Fairview International School dan Tunku Abdul Rahman University College.
Untuk membeli-belah pula, kediaman ini terletak 3km dari pusat beli-belah dan pusat perdagangan terdekat seperti Melawati Mall, Wangsa Walk Aeon Big Wangsa Maju, Aeon Alpha Angle Mall, Setapak Central dan KL East Mall.
Kawasan ini mempunyai akses mudah ke lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (dijangka siap 2022).
Kemudahan eksklusif, lengkap
Kondominium Sunway Artessa ini diawasi 24 jam untuk menjamin keselamatan penghuninya. Selain itu, terdapat pelbagai fasiliti serba lengkap untuk memenuhi keperluani. Antaranya taman air mini, kawasan BBQ, kolam renang infiniti, taman permainan, gelanggang bola keranjang dan badminton serta pintu masuk dan laluan yang mudah untuk menurunkan tetamu.
Direkabentuk dan disusun atur praktikal
Sunway Artessa merupakan kondominium lestari dengan reka bentuk yang praktikal. Buktinya, Sunway Artessa berjaya meraih GreenRE Gold Certification (Provisional) dalam kategori Bangunan Kediaman dan Rumah Bertanah.
Reka bentuknya yang luas adalah sesuai untuk keluarga yang gemar meluangkan masa bersama di rumah. Ia mempunyai susun atur yang praktikal, berkeluasan 1,109 kaki persegi – 1,303 kaki persegi. Semua bilik tidur menghadap ke arah luar dengan pemandangan yang cukup indah, pengudaraan yang baik, dan pencahayaan semula jadi.
Sunway Artessa ini juga berorientasikan Utara-Selatan, bagi mengurangkan terik matahari menembusi kediaman.
Kediaman ini juga mempunyai ruangan dapur basah dan kering, yang ideal untuk sekeluarga memasak bersama-sama.
Dalam pada itu, dengan susun atur bangunan Sunway Artessa yang direka teliti, masa untuk ke tempat parking juga lebih singkat. Ini kerana penghuni tidak perlu melalui beberapa tingkat untuk mencari parking kereta. Masa pun lebih jimat.
Tak perlu fikirkan risiko kontrak sewaan rumah
Tidak perlu lagi runsing memikirkan kenaikan sewa rumah atau ditamatkan kontrak sewaan oleh tuan rumah. Tambahan pula, kos tanah, bahan binaan, dan pemilikan rumah akan meningkat hari demi hari seperti yang berlaku di Singapura, Hong Kong, Taiwan, dan Jepun.
Dengan kadar inflasi yang rendah, inilah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan dengan membeli hartanah.
Promo Prosperity Deals untuk masa terhad
Untuk bakal pembeli, jangan lepaskan peluang terhad mendapatkan promo Prosperity Deals dengan beberapa tawaran menarik antaranya:
-Percuma transfer title bernilai RM21,000
-Kabinet dapur bernilai RM 20,000
-Ang pow dip bernilai RM6,888
-Yuran tempahan serendah RM500
-Hadiah misteri
Untuk maklumat lanjut, boleh berkunjung ke Sunway Artessa Sales Gallery di mana staf mereka akan menjawab segala persoalan mengenai projek ini kepada korang. Atau boleh juga lawati https://www.sunwayartessa.com/ serta hubungi talian 017-964 0822 sekarang!
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.