Connect with us
Susu Dugro

Branded

1 Daripada 3 Kanak-Kanak Di Bawah Umur 3 Tahun Menghidap Risiko Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA)*. Dapatkan Saringan PERCUMA Untuk Mengetahui Sama Ada Anak Anda Berisiko!

*Jalaludin MY et al. (2023). 38th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference, Kuala Lumpur, Malaysia.

Anemia adalah keadaan di mana badan kekurangan haemoglobin (sel darah merah sihat yang membawa oksigen keseluruh tisu badan). Ia sering terjadi disebabkan oleh kekurangan nutrien penting seperti zat besi, vitamin B12, atau asid folik. Ini mungkin terdengar seperti isu kecil, kerana ‘mangsa’ utama anemia ini ialah kanak-kanak.

Di Malaysia, anemia menjejaskan sebilangan besar kanak-kanak dengan statistik terkini menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 3 orang kanak-kanak Malaysia di bawah umur 3 tahun menghidap anemia.

Ini membimbangkan kerana anemia boleh memberi kesan kepada pertumbuhan, pembelajaran dan tahap tenaga keseluruhan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami anemia sering berasa letih, lemah, kurang daya tumpuan dan mungkin sukar untuk bersaing dengan rakan sebaya mereka di sekolah dan bermain.

Susah fokus? Dugro 100% Zat Besi

Bagaimana Ibu Bapa Memainkan Peranan Penting Untuk Tumbesaran Anak?

Faktor anemia kurang mendapat perhatian kebanyakan ibu bapa mungkin sekali akibat gaya hidup bekerja yang sibuk, sehingga tidak menyedari anak-anak mengalami masalah IDA. Mungkin juga ada yang menganggap makanan harian yang disediakan sudah mencukupi. 

Tapi harus diingat ini merupakan satu kesilapan!

Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab anda untuk membekalkan diet seimbang dan pupuk gaya pemakanan sihat kepada anak-anak dan memastikan perkembangan 360°mereka.

Bekalkan anak-anak dengan formula Dugro® NextGen Nutri Dengan Zat Besi Aktif

Bagi memastikan anak-anak mendapat keperluan zat besi yang diperlukan untuk tumbesaran, anda boleh berikan mereka susu Dugro yang mengandungi Zat Besi Aktif, DHA,  21 vitamin dan mineral. 

Dugro turut membantu untuk meningkat 3X penyerapan* dengan Zat Besi Aktif menerusi kombinasi unik Zat Besi dan Vitamin C.

Dengan membekalkan Si Manja dengan 3 gelas Dugro setiap hari, anak anda mendapat 100% keperluan zat besi seharian^ yang disyorkan serta dapat membantu perkembangan 360° mereka.

Adakah Anak Berisiko Terhadap Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA)?

Jika tidak pasti si manja anda mempunyai masalah anemia kekurangan zat besi (IDA) atau mungkin dalam kumpulan berisiko, anda boleh mengunjungi roadshow Dugro di lokasi tertera di bawah:

Pemeriksaan anemia bukan invasif ini disediakan secara PERCUMA untuk semua kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun.

Untuk yang tinggal berjauhan daripada lokasi roadshow, jangan risau, anda digalakkan untuk melakukan saringan ini secara dalam talian. Klik SINI untuk menjawab saringan pengambilan zat besi.

Promosi Eksklusif Dengan Setiap Pembelian Dugro!

Anak anda minum susu Dugro? Jangan lupa untuk kumpul Beg Zat Besi Aktif dengan 4 rekaan comel!

Hanya buat pembelian RM50 je dan bawa pula beg yang comel ni. Promosi ini berlangsung 1 Ogos sehingga 30 September 2024 ini.

Maklumat lanjut mengenai Dugro dan pilihan susu terbaik untuk anda anda. Klik SINI atau ikuti Dugro di Facebook.

*Dengan kombinasi optimum nisbah vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.

^3 gelas susu Dugro 3 memberi 100% pengambilan harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas