Connect with us

Oh! Media

“Wanita Non Muslim Lebih Sopan Dan Beretika” – Ustazah Asma’ Tegur Influencer Muslimah ‘Rapatkan’ Wajah Di Skrin

Fatin Nabila

Oh! Islam

“Wanita Non Muslim Lebih Sopan Dan Beretika” – Ustazah Asma’ Tegur Influencer Muslimah ‘Rapatkan’ Wajah Di Skrin

Tindakan seorang influencer wanita mengajak penonton mendekatkan diri di skrin sebelum memberi nasihat mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

Perkara itu membuatkan segelintir netizen merakam video parodi sehingga ada aksi-aksi berunsur ‘soft porn’ terhadap influencer wanita berkenaan.

BACA: Hukum Wanita Bersyair Dan Mendendangkan Puisi

IKLAN

Tak berdiam diri, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil menegur influencer muslimah itu mengenai etika ketika menyampaikan dakwah.

Ustazah asma

Katanya, suara manja dan gaya menggoda dengan wajah didekatkan kepada skrin adalah dilarang. Cara sebegitu jelas mendatangkan dosa dan hukumnya adalah haram.

Ustazah Asma berkongsi petikan ayat 32 daripada Surah al-Ahzab yang melarang berkata-kata lembut dan manja semasa bercakap dengan lelaki asing.

Ustazah asma harun

Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan perkara yang sama, beliau memohon kaum wanita tidak melunakkan suara yang merdu di depan lelaki bukan mahram.

Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas