Connect with us

Oh! Media

Ujian Penilaian Kelas Kafa Ditangguh, Elak Tanggung Risiko

Oh! Islam

Ujian Penilaian Kelas Kafa Ditangguh, Elak Tanggung Risiko

Sebelum ini, YB Menteri Kanan Pendidikan pada 15 Ogos telah membuat satu keputusan pembukaan iaitu sesi pembukaan persekolahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Por Hui Ling Peroleh 8A Dalam UPKK

Ia akan mula dibuka secara berperingkat bermula 3 Oktober 2021, bermula dengan kelas peperiksaan mengikut perincian Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selaras dengan keputusan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh telah membuat keputusan bagi pembukaan sesi persekolahan bagi calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tarikh yang sama.

Ujian penilaian ditangguhkan

Namun, perkara tersebut mungkin mengambil masa selepas UPKK sepatunya dijadualkan pada 4 hingga 7 oktober depan bagi calon 2020 dan 2021 secara serentak terpaksa ditangguhkan pada 15 hingga 18 November.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad selepas mengambil kira situasi semasa.

Tindakan itu juga diambil selepas mendengar ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh semalam.

Selain itu, perkara itu juga bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin selain pusat peperiksaan melakukan persiapan yang secukupnya.

Capai sasaran imuniti kelompok

Selain itu, Idris Ahmad juga turut yakin dengan usaha kerajaan ketika ini bagi menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan membuat ketetapan baharu.

Ketetapan itu termasuklah petugas peperiksaan yang telah mendapatkan 2 dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

Tambahnya lagi, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya.

Kredit: Facebook Idris Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

To Top