Connect with us

Oh! Media

Tanda-Tanda Meninggal Dalam Husnul Khatimah, Ini 6 Kelebihan Yang Ramai Impikan

husnul khatimah

Oh! Islam

Tanda-Tanda Meninggal Dalam Husnul Khatimah, Ini 6 Kelebihan Yang Ramai Impikan

Baru-baru ini tersebar satu video menunjukkan Dr Mohd Sober Awang yang meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh Ahad lalu. Pemergiannya ada tanda-tanda husnul khatimah.

ADVERTISEMENT

Apa yang dilalui Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis) ini juga diimpikan ramai umat Islam kerana ia meninggal ketika melakukan amal soleh.

Kejadian berlaku di Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9, Shah Alam dan Pencetus Ummah (PU) Salman tampil menghuraikan enam kelebihan meninggal seperti itu:

1. Meninggal ketika lakukan ibadat adalah tanda-tanda masuk syurga…

PU Salman berkongsi sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli syurga disudahi ajalnya dengan amalan ahli syurga.” – HR Tirmizi.

2. Jasadnya akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan melakukan amalan tersebut…

Nabi SAW turut bersabda: “Dibangkitkan seseorang hamba dengan cara dia mati.” – Hadis sahih Muslim.

3. Amalannya diterima sempurna…

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Ayat 100, surah An-Nisaa.

4. Meninggal dunia di dalam masjid akan dijamin oleh Allah…

Sabda Nabi SAW: “Lelaki yang pergi masjid, Allah menjamin jika dia mati pasti Allah akan masukkan dia ke syurga.” – HR Abu Daud.

5. Tanda meninggal dalam Husnul Khatimah…

Nabi SAW bersabda: “Apabila Allah kehendaki kebaikan pada seseorang hamba, Allah akan gunakan dia.”

Sahabat bertanya: Bagaimana Allah gunakan dia?

Nabi SAW menjawab: “Allah akan memberi kekuatan untuk dia melakukan ketaatan sebelum dia mati.” – HR Tirmizi.

6. Amalan baik yang dilakukan pada saat kematian, pahalanya akan berterusan hingga kiamat…

Salah seorang sahabat Nabi SAW meninggal ketika lakukan ihram dan Nabi SAW bersabda: “Jangan letak minyak wangi dan jangan tutup kepalanya kerana dia akan dibangkitkan bertalbiah pada hari kiamat.” – HR Bukhari Muslim.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada diri kita untuk berusaha lakukan lebih banyak ibadah di jalan Allah. Sesungguhnya kita mahukan pengakhiran yang terbaik untuk bekalan di akhirat kelak.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas