Connect with us

Oh! Media

Tanah Arab Menghijau Akan Berlaku Kiamat? Ini Penjelasan Ustaz Adnin

Ustaz Adnin 1

Oh! Islam

Tanah Arab Menghijau Akan Berlaku Kiamat? Ini Penjelasan Ustaz Adnin

Baru-baru ini tular di media sosial foto memaparkan landskap beberapa kawasan tanah tinggi di Arab Saudi menjadi hijau.

Memetik laporan Harian Metro, hal itu berlaku disebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di negara berkenaan bulan lalu.

Tanah Arab menghijau

Pengguna media sosial yang terpegun dengan keindahan pemandangan hijau itu bertanyakan Ustaz Adnin di TikTok adakah peristiwa tersebut menandakan kiamat semakin hampir?

IKLAN

Ini penjelasan Ustaz Aznin Roslan.

“Adakah tahun ini akan berlaku kiamat?”

@adninroslan Bila cerita tentang KIAMAT, jangan cerita atau meramal tentang BILA ia berlaku, tetapi ceritalah tentang APA persiapan kita. Itu yang Nabi SAW ajar. Meramal itu satu kesalahan, walau niatnya baik. Sebarkan. #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru ♬ original sound – Ustaz Adnin

Dalam penjelasan tersebut, Ustaz Adnin berkongsi satu hadith “Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab kembali hijau dipenuhi sungai” – (Hadis Riwayat Muslim, no. 157)

Menurut ustaz lagi, hadith berikut adalah sahih tetapi kita tak boleh tafsir hadith sesuka hati dan meramal dengan cara yang salah sehingga menakut-nakutkan orang lain.

Ustaz adnin

Beliau menjelaskan secara terperinci apa maksud hadith yang sebenarnya supaya orang ramai tak tersalah tafsir.

Mengenai Tanah Arab yang menghijau pula, ustaz berkata ianya harus bersifat kekal bukanlah sementara. Sebelum ini pernah juga terjadi perkara yang sama pada tahun 2018 dan 2020.

Ustaz adnin kiamat

Di akhir video, beliau memberi peringatan supaya berhati-hati dalam memberi peringatan tentang kiamat.

Kredit: TikTok Ustaz Adnin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas