Connect with us

Oh! Media

Sri Lanka Akhirnya Ambil Keputusan Tidak Bakar Jenazah Pesakit Covid-19 Islam

Ohmedia covid19 srilanka

COVID-19

Sri Lanka Akhirnya Ambil Keputusan Tidak Bakar Jenazah Pesakit Covid-19 Islam

Rasa bersyukur lahir di Malaysia bila agama Islam menjadi agama utama di negara ini. Hari ini, Liga Dunia Islam (MWL) berterima kasih kepada kerajaan Sri Lanka kerana memahami keperluan agama Islam dengan tidak membakar jenazah pesakit Covid-19.

Ucapan terima kasih ini disampaikan oleh Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al Issa melalui perbualan telefon bersama Menteri Luar Sri Lanka, Dinesh Gunawardena.

2502961 1641965182

Sebelum ini telah berlaku sedikit ketegangan dan tentangan dari penduduk Sri Lanka beragama Islam apabila kerajaan memutuskan untuk tetap membakar pesakit Covid-19 beragama Islam.

IKLAN

Alasan mereka untuk tidak melakukan pengebumian adalah kerana bimbang berlaku pencemaran air bawah tanah dan amaran ini datang dari pakar di sana.

Tentangan ini turut telah dibawa ke Mahkamah oleh ketua agama, pakar kesihatan, beberapa keluarga Islam dan Katolik tetapi semua permohonan mereka ditolak.

Jadi, dengan keputusan ini pasti membuatkan seluruh penduduk Islam di Sri Lanka lega dan tidak perlu risau lagi untuk melakukan pemeriksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas