Connect with us

Oh! Media

Seluruh Masjid Perlis Akan Mula Solat Berjemaah Dengan Merapatkan Saf Ketika Solat Subuh Sabtu

perlis

Oh! Islam

Seluruh Masjid Perlis Akan Mula Solat Berjemaah Dengan Merapatkan Saf Ketika Solat Subuh Sabtu

Pertama sekali kita ucaplah rasa syukur kepada Allah kerana masih memberikan kesihatan dan kesempatan kepada kita untuk terus melakukan kebaikan atas muka bumi ini. Kami rasa gembira dengan berita yang memaklumkan semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf.

ADVERTISEMENT

Perkara ini diumumkan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di mana ia akan berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini (8 Januari 2022).

Tuanku Syed bertitah, keputusan ini dapat diputuskan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Kenyataan penuh dari istana

Selain itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu selain keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal.

Sehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.

Maka sukacita dimaklumkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid seluruh negeri Perlis berkuat kuasa pada Subuh 8 Januari depan iaitu Sabtu, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kebenaran diberikan kepada masjid sahaja. Surah atau tempat solat awam lain masih tidak dibuka.

Sehubungan itu, dalam melaksanakan amalan solat dengan merapatkan saf, jemaah diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan syarat saiz sejadah adalah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.

Bagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah diwajibkan merapatkan saf tanpa terikat dengan syarat di atas. Daripada segi pengekalan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada pula, hendaklah kekal dipatuhi dan ini merangkumi setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid. – Titah baginda.

Lain-lain SOP masih perlu dipatuhi seperti membawa sejadah sendiri dari rumah dan sebagainya. Ini adalah satu permulaan yang baik dan semoga kita terus dilindungiNya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas