Connect with us

Oh! Media

Segala Kos Yang Dikeluarkan Jemaah Umrah Dianggap Hangus?

Ohmedia umrah2

Oh! Islam

Segala Kos Yang Dikeluarkan Jemaah Umrah Dianggap Hangus?

Beberapa hari lalu rakyat Malaysia yang sudah lama menanti giliran untuk menunaikan umrah berasa terkejut selepas kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi. Penangguhan itu sudah pasti turut menjejaskan pihak agensi yang menguruskan jemaah umrah.

BACA: Isu Tangguh Umrah, Agensi Serah Memorandum Untuk Bantu Kerajaan Tangani Penularan Wabak

Susulan itu, Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri berkata sebanyak RM35 juta kerugian bakal ditanggung agensi dan jemaah umrah. Anggaran ini berdasarkan 10,000 jemaah yang sudahpun menerima visa umrah sepanjang bulan ini.

IKLAN

Penangguhan ini dilakukan oleh Malaysia bukan negara berkenaan.

Visa umrah terbabit adalah termasuk kos hotel dan pengangkutan di Arab Saudi yang bernilai kira-kira RM3,500. Kos ini dianggap hangus kerana tidak akan dipulangkan semula kepada jemaah disebabkan bayaran sudah dibuat kepada pihak di Arab Saudi dan penangguhan ini dilakukan oleh Malaysia bukan negara berkenaan. – Kata Dr Fathir.

Jemaah umrah dan pihak agensi bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Mereka berharap agar pihak kerajaan dapat membaiki SOP ketika berada di KLIA.

Daripada pengalaman kami, keadaan di pintu masuk itu agak sesak terutama pada waktu puncak yang mana ramai pengembara berkumpul di kawasan sangat terhad untuk pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesian pula bila dapat tahu jemaah umrah terpaksa tanggung kerugian sedangkan apa yang terjadi bukanlah salah mereka. Semoga pihak kerajaan dapat mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas