Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Viral Peniaga Jual Makanan Basi Dan Hangit, Mufti Pulau Pinang Perjelas Boleh Jatuh Hukum Haram

Oh! Islam

#RENUNGAN Viral Peniaga Jual Makanan Basi Dan Hangit, Mufti Pulau Pinang Perjelas Boleh Jatuh Hukum Haram

Selalu kita nampak di media sosial mengenai segelintir pembeli yang berasa tertipu kerana membeli makanan yang sudah basi atau tidak elok dari bazar Ramadan. Apatah lagi dengan harga sekarang yang makin meningkat naik.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Ini 5 Sunnah Puasa Ikut Cara Rasulullah SAW

Tahukah korang bahawa berdosa buat peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pembeli? Hari ini, Oh! Media akan kongsi pendapat mufti mengenai situasi ini dalam sudut Islam.

Pendapat mufti

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata hukum seseorang peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti adalah haram.

Mufti itu juga menjelaskan bahawa tindakan menjual beli makanan yang basi dan tidak berkualiti itu juga termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara salah.

Terdapat juga hadis yang bermaksud sesiapa yang menipu barang-barang jualannya maka dia bukan umat kami. Jadi saya menyeru peniaga supaya bertimbang rasa terhadap pembeli dan janganlah mengambil kesempatan daripada keperluan orang ramai terutama makanan bagi dimakan ketika berbuka puasa.

Tambahan, beliau juga menasihatkan peniaga untuk sentiasa mencari pahala daripada Allah SWT di bulan yang penuh keberkatan ini.

Kredit: Buletin Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas