Connect with us

Oh! Islam

#RENUNGAN ‘Upload’ Gambar Makanan Sebelum Berbuka Dikira Dosa? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Umum mengetahui di bulan yang mulia ini, masyarakat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Tapi, ada sahaja di luar sana yang bergurau dengan memuat naik gambar makanan sebelum waktu berbuka, bukan?

BACA: #RENUNGAN Puasa Tapi Tak Solat? Ini Penjelasan Hukum Daripada Mufti

IKLAN

Tapi agaknya apakah hukum berbuat demikian eh? Jom, kita ikuti penjelasan daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Muat naik gambar makanan ketika puasa

makanan

Menurut beliau, perbuatan itu dianggap mempunyai tujuan tertentu seperti menggalakkan umat Islam untuk ponteng puasa.

Tambahan, mufti berkata pengguna media sosial sepatutnya mendorong individu Islam yang lain untuk perbanyakkan lagi amalan baik di bulan Ramadan ini.

Perbuatan individu itu (memuat naik gambar makanan) tidak membatalkan puasa cuma bergantung kepada tujuan sebenarnya. Hukum bagi individu yang melakukan perkara sedemikian iaitu dengan ‘melayur’ gambar makanan kepada orang lain adalah berdosa kerana dia seolah-olah mendorong orang lain meninggalkan puasa.

Dalam pada masa yang sama, mufti itu juga menasihatkan umat Islam untuk berhenti melakukannya. Ha, jangan buat lagi yer.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas