Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Puasa Tapi Tak Solat? Ini Penjelasan Hukum Daripada Mufti

Oh! Islam

#RENUNGAN Puasa Tapi Tak Solat? Ini Penjelasan Hukum Daripada Mufti

Di bulan yang penuh keberkatan ini, setiap Muslim telah diajar untuk memperbanyakan amalan baik dan ibadah. Tetapi, agaknya apakah hukum buat seseorang yang berpuasa namun masih tidak solat?

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Masuk Peringkat Antarabangsa, Qari Cilik Melaka Ini Mampu Buat Ketua Juri Menangis

Hari ini, Oh! Media akan kongsikan pandangan dan pendapat mengenai mengenai soalan itu dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Puasa tapi tak solat

solat

Dalam menjawab soalan tersebut, pihak mufti ada berkongsi mengenai pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah.

Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.

Terdapat pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh ulama mengenai isu ini. Namun terdapat dua pendapat yang boleh dirumuskan mengenai individu yang berpuasa tetapi tak solat.

Pendapat pertama: Mereka dianggap keluar daripada Islam dan puasa mereka tidak sah. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda:

Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.

solat

Oleh yang demikian, mufti memaklumkan bahawa pendapat mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang penting iaitu solat.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas