Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Bukan Takat Tahan Lapar Dan Dahaga, Gajet Juga Perlu ‘Puasa’ Tau!

Oh! Islam

#RENUNGAN Bukan Takat Tahan Lapar Dan Dahaga, Gajet Juga Perlu ‘Puasa’ Tau!

Kalau sebut bulan Ramadan saja, mesti kita akan ingat tentang ibadah puasa bukan? Sudah semestinya pada bulan ini, umat Islam akan melatih diri untuk menahan lapar dan dahaga.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Ini 5 Tips Mudah Untuk Tahan Lapar Dan Dahaga Ketika Puasa!

Tapi, tahukah korang bukan takat makan dan minum sahaja kena puasa, penggunaan gajet juga kita kena puasa tau! Jom, kita ikuti pesanan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Norhisham Muhamad.

Puasa gajet

puasa

Menurut beliau, umat Islam yang menjalani ibadah puasa perlu menahan diri daripada segala bentuk yang merosakkan kesucian hati. Hal ini termasuk perbuatan menyebarkan aib sendiri atau orang lain di media sosial.

Dalam menggunakan aplikasi media sosial melalui peralatan seperti smart phone, tab dan sebagainya, adakala kita terlupa untuk menjaga adab semasa berpuasa kerana menganggap ia perkara biasa yang dilakukan orang ramai tanpa disedari boleh mendatangkan dosa dan mengurangkan pahala berpuasa di bulan Ramadan.

Norhisham juga menambah, segelintir masyarakat kini lebih memilih membuka aib yang berlaku seperti pergolakan rumah tangga yang sepatutnya tidak didedahkan kepada umum.

Kawal jari-jari kita daripada suka menyebarkan fitnah dan berita palsu. Imam Al-Ghazali menjelaskan, ada 20 jenis dosa yang muncul disebabkan lidah dan boleh dikias dengan jari dalam dunia moden ini. Antaranya ialah ghibah, fitnah, berbohong, memaki, sumpah palsu dan sebagainya yang dilakukan oleh jari dan disebarkan dengan jari. Justeru, penggunaan lidah juga perlu dijaga sewajarnya.

Sama-sama kita take note akan nasihat yang diberi ya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas