Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN 3 Peristiwa Besar Berlaku Di Bulan Ramadan Pada Zaman Nabi Muhammad SAW

Oh! Islam

#RENUNGAN 3 Peristiwa Besar Berlaku Di Bulan Ramadan Pada Zaman Nabi Muhammad SAW

Ramadan merupakan bulan yang mulia buat umat Islam. Pada bulan ini seluruh umat Islam akan mula berpuasa dan banyakkan amal ibadah.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Apakah Hukum Memilih Pemimpin Berdasarkan Harta Dan Kekayaan?

Namun tahukah korang bahawa terdapat tiga peristiwa besar yang berlaku pada bulan Ramadan ini di zaman Rasulullah SAW? Jom, kita hayati kembali peristiwa berikut.

Peristiwa ketika Ramadan

Turunnya kitab Al-Quran

ramadan

Sebagai info, mukjizat Al-Quran telah diturunkan pada 17 Ramadan iaitu bersamaan 13 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW mula berhijrah. Baginda sedang melakukan ibadah di Gua Hira sebelum didatangi oleh Malaikat Jibril. Wahyu pertama telah diturunkan kepada Baginda iaitu Surah Al-Alaq, ayat 1-5.

Perang Badar

ramadan

Berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, peristiwa Perang Badar telah berlaku di mana Nabi Muhammad SAW membawa 313 tentera Islam untuk bertempur dengan 950 tentera musuh. Dengan keazaman yang kuat, kemenangan berjaya diraih dan Islam makin berkembang di Madinah.

Pembebasan kota Mekah

bulan ramadan

Pada 20 Ramadan tahun 8 Hijrah, Nabi Muhammad SAW berjaya menakluki kota Mekah dalam peperangan yang tercetus disebabkan penolakan orang Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyyah. Khalid bin Walid ditugaskan menjadi panglima perang bersama 10,000 tentera Islam bagi memerangi kaum tersebut.

Akhirnya tentera Islam berjaya menundukkan tentera Quraisy sehingga mereka menyerah kalah. Semua berhala itu dihancurkan, dan Nabi Muhammad mengampuni dan membebaskan Quraisy yang menyerah.

Ha, menarik bukan peristiwa besar yang pernah berlaku di bulan mulia ini? Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat semua!

Kredit: Liputan 6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas