Connect with us

Oh! Media

Pukul Isteri Merupakan Aib Suami Perlu Dijaga? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Oh! Islam

Pukul Isteri Merupakan Aib Suami Perlu Dijaga? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendedahkan dirinya telah dipukul oleh bekas suami yang merupakan pelakon terkenal. Tetapi, adakah tindakan tersebut dianggap sebagai membuka aib?

ADVERTISEMENT

BACA: Bulan Kejar Kebaikan, Ini Adalah Kelebihan Bulan Syaaban

Oleh itu, kami akan berkongsi penjelasan mengenai hal tersebut menurut perkongsian daripada Majoriti.

Aib suami?

aib suami

Menurut Imam Syafie, beliau memandang bahawa tindakan memukul isteri adalah bukan perilaku Nabi Muhammad SAW.

Bahkan dalam keadaan perselisihan, seperti kisah pertengkaran Nabi dengan Aisyah ra. Ketika itu, Abu Bakar ra sendiri iaitu ayah Aisyah ra ingin memukul Aisyah. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad SAW menghalang pemukulan daripada berlaku (Sunan Abu Dawud, no. 5001)

Apabila disoal mengenai wanita yang mengadu dipukul suami, Imam Abu Dawud mencatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW menegaskan lelaki seperti itu bukan dari kalangan orang yang baik.

Seperti dicatat oleh Imam Abu Dawud (Sunan Abu Dawud, no. 2148), ada banyak perempuan yang datang mengadu ke keluarga Rasulullah SAW tentang perilaku para lelaki yang masih suka memukul perempuan. Lalu Nabi Muhammad SAW menegaskan bahawa lelaki seperti itu bukan orang-orang baik dan bukan orang-orang pilihan.

Oleh itu, jelas mengatakan bahawa tindakan memukul isteri itu merupakan tindakan yang ditolak sekeras-kerasnya dalam sisi Islam.

Kredit: Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas