Connect with us

Oh! Media

PU Riz Tegur Trend ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ – “Bukan Benda Main-Main”

Ohmedia pu riz bagi teguran

Oh! Islam

PU Riz Tegur Trend ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ – “Bukan Benda Main-Main”

Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, tampil menegur netizen agar lebih berhati-hati dalam mengikuti trend di media sosial, khususnya yang berkaitan dengan agama.

Beliau merujuk kepada trend TikTok ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ yang diinspirasikan daripada watak Alucard dalam permainan Mobile Legends. Trend ini menunjukkan seseorang menolak untuk bersalaman dan meminta maaf ketika sesi bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri.

“Jangan ambil ringan perkara dilarang”- PU Riz.

Image

PU Riz menegaskan bahawa trend sebegini bukan sesuatu yang boleh dibuat gurauan kerana ia melanggar ajaran agama.

IKLAN

Kita tak boleh ambil ringan, jangan ‘chill’ atau bergurau kepada perkara yang dilarang. Bila buat lawak dan trend begitu, sudah melanggari apa yang agama sarankan.- Katanya.

Beliau turut menasihati netizen agar lebih bijak dalam memilih kandungan yang membawa nilai positif dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Pilih konten yang lebih baik…

Image

PU Riz menjelaskan bahawa teguran ini bukan bermaksud seseorang perlu menjadi ustaz atau pendakwah, tetapi lebih kepada kesedaran sebagai seorang Muslim untuk menjalani kehidupan yang lebih berlandaskan ajaran agama.

Saya pesan ini bukan untuk jadi ustaz atau pendakwah, kita sebagai hamba Allah SWT perlu hidup dengan kadar bagaimana Dia mahu kita hidup.

Sebelum ni, Uztazah Asma’ Harun turut menegur wanita muslim yang melakukan trend berjoget untuk mendapatkan duit raya.

BACA: Trend Duit Raya Kena Joget? Ustazah Asma’ Harun Tegur Wanita Muslim

#ApaKataOhmedia

Trend media sosial sememangnya boleh menjadi hiburan, tetapi sebagai umat Islam, kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih trend yang ingin diikuti. Jangan sampai terikut sesuatu yang boleh membawa kesan negatif kepada agama dan budaya kita.

Ohmedia pu riz bagi teguran

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas