Connect with us

Oh! Media

Tiket Coldplay Jadi Mas Kahwin Sah Atau Tak, Ini Respon Mufti Pahang

mas kahwin coldplay

Oh! Islam

Tiket Coldplay Jadi Mas Kahwin Sah Atau Tak, Ini Respon Mufti Pahang

Tak pernah dibuat orang! Pasangan pengantin baru dari Indonesia tular selepas menjadikan tiket konsert penyanyi antarabangsa Coldplay sebagai mas kahwin.

ADVERTISEMENT

BACA: Michael Ang Tak Mahu Tengok Coldplay Walaupun Diberi Tiket VIP ‘Free’, “Konsert Je, Chill Sudah”

Menerusi rakaman video viral di media sosial, kelihatan pengantin lelaki memegang tangan bapa pengantin wanita untuk urusan ijab dan kabul.

Bapa pengantin wanita kemudian menyebut, “Saya nikahkan kamu anak perempuan saya Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin 21 gram, emas, sepersalinan solat dan tiket konsert Coldplay.”

@teteh_81 semoga sakinah mawadah warohmah 🙏👏😁 #pengantinbaru #pengantinviral2023 #coldplayjakarta #tiket #maskawin #konsercoldplay #konsercold ♬ suara asli – 🔸️Teteh 🔸️

Video tular itu menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk daripada Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Menurut beliau, pemberian mas kahwin tiket Coldplay adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dikategorikan tak sah kerana ia tak mempunyai nilai.

mas kahwin coldplay

Katanya, mas kahwin adalah pemberian suami kepada isterinya, jika gagal memenuhi pemberian mas kahwin itu, pengantin lelaki wajib membayar semula hutang itu.

Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50.

Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay.

Tambah Abdul Rahman lagi, perkahwinan tetap sah biarpun mas kahwin tidak disebut. Namun, jika semata-mata mas kahwin tiket Coldplay maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas