Oh! Islam
“Pakai Tudung Tapi Baju Melekat” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi Muslimah Iklan Baju Raya Sendat
Ustazah Asma’ Harun tegur iklan baju raya yang paparkan wanita bertudung tapi berpakaian ketat dan seksi.
Menjelang ketibaan bulan Ramadan, suasana mula dihiasi dengan pelbagai promosi baju raya. Namun di sebalik kemeriahan itu, Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran terbuka kepada iklan-iklan yang menampilkan wanita bertudung dengan pakaian ketat dan tidak menepati syariat.
Dalam satu hantaran di media sosial, beliau meluahkan rasa gusar terhadap trend wanita Muslimah yang memakai tudung tetapi mengenakan pakaian sendat yang boleh mengundang fitnah lebih besar berbanding wanita yang tidak bertudung tetapi berpakaian sopan dan longgar.
“Pakaian ketat lebih berat fitnahnya dari tak bertudung tapi sopan”

Ustazah Asma’ turut berkongsi maksud hadis sahih Riwayat Muslim yang menyebut tentang golongan wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang, menyimpang dari ketaatan dan tidak akan mencium bau syurga.
Beliau menjelaskan maksud ‘berpakaian tetapi telanjang’ seperti yang dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, merujuk kepada pakaian nipis, ketat yang menampakkan bentuk badan, singkat dan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Tambah beliau, cara bertudung dengan sanggul tinggi atau gaya rambut yang menyerupai bonggol unta juga disebut dalam hadis.

Yang free hair lebih sopan, baju longgar
Dalam penjelasan lanjut, Ustazah Asma’ menyatakan bahawa ramai wanita yang tidak bertudung tetapi berpakaian sopan, longgar dan tidak seksi seperti kebanyakan wanita bukan Islam.
Sebaliknya, ramai wanita bertudung kini mengenakan pakaian ketat yang lebih menggoda hawa nafsu.

Beliau menutup hantaran dengan menyeru agar semua wanita Muslim mendoakan supaya dapat menutup aurat dengan sempurna dan mengikut garis panduan syariat.
Pssttt! Teguran ini wajar dijadikan muhasabah, terutama menjelang Ramadan yang sepatutnya menjadi medan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Semoga wanita Muslimah terus diberi kekuatan untuk menjaga aurat dengan sempurna dan tidak terperangkap dalam fesyen yang mengundang fitnah.
Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM