Connect with us

Oh! Media

Mufti Tegur Trend Pengantin Perempuan Islam Pakai Gaun Nampak Dada

mufti

Oh! Islam

Mufti Tegur Trend Pengantin Perempuan Islam Pakai Gaun Nampak Dada

Trend memakai pakaian mencolok mata oleh pengantin perempuan beragama Islam bercanggah dengan ajaran agama Islam dan merupakan budaya jahiliah serta mungkar. Itu ulasan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ketika ditanya tentang trend wanita muslimah berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

ADVERTISEMENT

Seperti yang diketahui oleh majoriti masyarakat Islam, hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam.Bagi lelaki ketika berada di hadapan khalayak ialah antara pusan dan lutut.

Bagi wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram.

Wan Salim memberi ulasan tersebut apabila ditanya tentang trend wanita muslimah berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Baru-baru ini, tular seorang pelakon wanita popular dan pempengaruh terkenal di mana kedua-dua mereka memakai gaun yang terdedah di bahagian dada pada majlis akad nikah mereka.

BACA: “Kesian Tok Kadi Cuci Mata” – ‘Terdedah’ Teruk, Baju Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian

Dalam pada itu, Wan Salim turut menambah wanita beragama Islam yang berada dalam kalangan sesama wanita hanya diwajibkan menutup antara pusat dan lututnya namun ia tidak boleh terlalu ketat atau nipis hingga menampakkan kulit.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas