Connect with us

Oh! Media

Mesut Ozil Tiba-Tiba Jadi Sebutan Netizen Malaysia Selepas Kongsi Gambar Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Ohmedia ozil masjid ubudiah

Oh! Islam

Mesut Ozil Tiba-Tiba Jadi Sebutan Netizen Malaysia Selepas Kongsi Gambar Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Dipinggirkan hanya kerana lantang bersuara untuk Islam. Itulah apa yang dilalui bekas bintang bola sepak Arsenal iaitu Mesut Ozil yang kini bersama kelab Turki, Fenerbahce. Apapun itu kisah lalu dan Ozil nampaknya masih tetap bersemangat walaupun tidak lagi bermain untuk kelab eropah.

Apapun, nama Ozil tiba-tiba jadi sebutan rakyat Malaysia apabila berkongsi gambar karikatur dirinya yang sedang berdoa, berlatar belakangkan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di Instagram rasminya.

“Wahai Allah, aku percayakanmu dengan masa silamku, aku percayakanmu dengan masa hadapanku. Aku percayakanmu pada hari ini, esok dan selama-lamanya. Jumaah Mubarak.” – Tulisnya.

Untuk pengetahuan korang, Ozil memang gemar berkongsi gambar dirinya bersama gambar masjid dari seluruh dunia.

IKLAN

Sebelum ini, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur turut pernah dikongsikan Ozil dan itu pastinya secara tidak langsung menunjukkan negara Islam Malaysia di seluruh dunia.

Tuhan memberi harapan kepada mereka yang bermimpi – memberi keajaiban kepada mereka yang beriman dan dia tidak pernah mengecewakan orang yang bertawakkal kepada-Nya. Tuhan merahmati kamu. – Tulis Ozil.

Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia pun ada

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas