Connect with us

Oh! Media

Mesin Permainan Anak Patung Dikira Judi, Termasuk Dalam Dosa Besar – Mufti Perlis

mesin permainan

Oh! Islam

Mesin Permainan Anak Patung Dikira Judi, Termasuk Dalam Dosa Besar – Mufti Perlis

Korang pernah tak main mesin permainan anak patung atau dikenali sebagai claw machine yang ada dekat mall tu? Haa korang tahu tak, sebenarnya mesin permainan tersebut termasuk dalam perjudian (al-Maisir) tau!

ADVERTISEMENT

BACA: Edisi Khas Dakwa Sindiket Pelacuran Dan Judi Online Dilindungi, Ini Jawapan Polis Perak

Menerusi Kosmo, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyatakan, perkara itu telah ditetapkan menerusi fatwa dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu perlis pada 22 Mac 2021.

Kenapa termasuk dalam perjudian? Haa sebabnya, terdapat pertaruhan yang melibatkan wang di mana sesiapa yang berjaya dapat barang di dalam mesin akan memiliki keuntungan, tapi kalau gagal, akan mengalami kerugian.

la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar.

Umat Islam juga tak boleh sama sekali bantu menguruskan mesin perjudian tersebut kerana ia seperti memakan harta secara batil.

Jadi, korang yang ada anak-anak dan ahli keluarga yang gemar main mesin ni, bolehlah nasihatkan mereka supaya berhenti main.

Kalau dulu tak tahu dan jahil terhadap hukum bermain mesin ni tak apa lah. Tapi kalau dah tahu ni, jangan buat-buat tak tahu pula ye! Berdosa besar tu kalau main. Jangan ambil remeh okay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas