Connect with us

Oh! Media

Masjid Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat 500 Jemaah

2 20210916 220607 0001

Oh! Islam

Masjid Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat 500 Jemaah

Selari dengan pengumuman Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah bagi solat Jumaat di wilayah itu dinaikkan dari 300 orang kepada 500 orang jemaah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, bilangan jemaah bagi tujuan sama di tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang manakala bagi Surau Jumaat ialah 150 orang dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula seramai 100 orang.

Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Bagi solat fardu di 2 wilayah ini pula dibenarkan seramai 200 orang, tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah (100 orang) manakala Surau Jumaat (50 orang).

IKLAN

Bagi wilayah Labuan pula yang sudah beralih kepada Fasa 4, solat jumaat dibenarkan kepada separuh kapasiti penuh masjid dan semua ini akan bermula esok 17 September 2021.

Kredit: Harian Metro

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas