Connect with us

Oh! Media

Lelaki Agama Islam Didenda RM10,000 Hina Nabi Muhammad

Oh! Islam

Lelaki Agama Islam Didenda RM10,000 Hina Nabi Muhammad

Tak dapat kita bayangkan orang yang lahir dalam agama Islam boleh menghina Nabi Muhammad SAW dan agamanya sendiri secara terbuka.

ADVERTISEMENT

Penghinaan ini dilakukan oleh Mohd Zahrein Zakariah berusia 39 tahun yang sebelum ini menaikkan hantaran di Facebook menggunakan akaun palsu ‘Semar Tilem’.

Dia yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen telah didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan yang diputuskan Hakim H.M. Edwin Paramjothy selepas mengaku bersalah.

Kesalahan menghina agama ini akan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Sekseyen 233(3) akta sama dengan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali atau boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Perbuatan penghinaan seperti ini tidak seharusnya berlaku dan semoga ia dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas