Connect with us

Oh! Media

Lafaz Niat Wuduk Dalam Tandas? Ini Adalah Hukum Dari Sudut Islam

Oh! Islam

Lafaz Niat Wuduk Dalam Tandas? Ini Adalah Hukum Dari Sudut Islam

Mesti ada di luar sana yang pernah melafaz niat ketika mengambil wuduk dalam tandas, betul bukan?

ADVERTISEMENT

BACA: Pernah Tapau Lauk Kenduri? Ini Penjelasan Dalam Hukum Islam

Tapi, dalam lafaz niat ada kalimah Allah dan adakah perbuatan itu dibenarkan? Jom, kita ikuti penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hal ini.

Hukum lafaz niat wuduk dalam tandas

niat

Niat wuduk merupakan salah satu rukun yang menjadi keabsahan wuduk. Menurut pihak mufti, perbuatan melafazkan niat wuduk adalah sunat bagi membantu hati menghadirkan niat.

Namun sekiranya individu tersebut berada di tandas, adalah memadai berniat dalam hati sahaja tanpa melafazkan niat itu.

Hal ini kerana lafaz “اللَّهِ تَعَالَى”  tidak menjadi syarat keabsahan wuduk dan hukum menyebut kalimah “Allah” di dalam tandas adalah makruh.

Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas