Connect with us

Oh! Media

Lafaz Cerai Dalam Online, Adakah Dikira Sah Dalam Sudut Islam?

Jpg 20230314 113417 0000

Oh! Islam

Lafaz Cerai Dalam Online, Adakah Dikira Sah Dalam Sudut Islam?

Zaman kini, ada segelintir pasangan berkahwin mengambil jalan mudah iaitu menjatuhkan talak secara dalam talian (online). Tetapi, adakah talak yang dilafazkan itu dianggap sah dari sudut Islam?

BACA: Mentega Terbang’ Lecehkan Agama, Ini 4 Hujah Penjelasan Dr Zulkifli

Menjawab persoalan tersebut, hari ini Oh! Media kongsikan penerangan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hal tersebut.

IKLAN

Cerai online

Image 109

Menurut Dr Zulkifli, beliau menegaskan bahawa talak yang dilafazkan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan syarak.

Ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59, talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, pesanan ringkas (SMS), e-mel dan sebagainya adalah talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

Beliau juga memberitahu bahawa lafaz cerai menggunakan aplikasi media sosial seperti SMS atau Whatsapp termasuk dalam talak kinayah iaitu talak tidak akan berlaku melainkan apabila suami benar-benar berniat menceraikan isterinya.

Ini kerana, pesanan ringkas ini termasuk dalam khabar (berita) yang boleh jadi benar dan boleh jadi dusta. Apabila berlaku perkara seperti ini, suami akan ditanya akan niatnya, jika dia memang berniat untuk menceraikan isterinya, maka dikira jatuh talak berkenaan, jika sebaliknya maka tidak akan dikira.

Semoga perkongsian kali ini dapat memanfaatkan semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas