Connect with us

Oh! Media

Kuasa Allah! Banjir Hingga Paras Pinggang, Sejadah Masih Lagi Kering Dan Tidak Terusik

20230302 234848 0000

Oh! Islam

Kuasa Allah! Banjir Hingga Paras Pinggang, Sejadah Masih Lagi Kering Dan Tidak Terusik

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai video sejadah yang masih lagi kering dan tidak terusik meskipun rumah telah dilanda banjir, Subhanallah!

BACA: Pukul Isteri Merupakan Aib Suami Perlu Dijaga? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman di Kota Tinggi, Johor.

IKLAN

Sejadah tidak terusik

Screenshot 20230302 234642 instagram

Menurut laporan Mstar, penghuni rumah sewa tersebut memaklumkan bahawa dirinya telah dimaklumkan oleh jiran bahawa air banjir mencecah paras pinggang kira-kira jam 3.30 pagi. Banjir kemudian surut kira-kira jam 4 petang dan ini membenarkan mereka masuk untuk lihat keadaan rumah.

Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur.

Penghuni rumah itu yang dikenali sebagai Hidayah, mendedahkan pintu sliding rumah pecah dan menyebabkan barang-barang di dalam rumah ‘berubah’ arah kerana ditolak air banjir.

Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis.

Masyallah, mungkin ini juga satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa mengingati kekuasaanNya.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas