
Oh! Islam
Kisah Hijrah Seorang Lelaki Peluk Islam Kerana Solat Sunat Tahajud
Oleh
Di TikTok, seorang lelaki berkongsi keajaiban yang tersimpan dalam solat sunat tahajud. Dia melalui penghirahan besar dalam hidup selepas doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.
BACA: Tidur Dahulu Sebelum Menunaikan Solat Tahajud
Perkongsian itu dibuatnya menerusi satu rakaman video di TikTok. Menurut Bishar, dia mula terbuka hati mempelajari agama Islam selepas menonton video daripada seorang wanita bernama Ameena.
Saya tengok video pasal tahajud. Saya pergi ke kedai buku beli beberapa buah buku.
Ketika solat sunat tahajud, Bishar yang merupakan penghidap neutropenia berdoa mengenai beberapa perkara antaranya kesihatan, kerjaya dan kesejahteraan hartanya.


Bishar melakukan solat sunat tahajud selama beberapa hari berturut-turut dan bersungguh-sungguh meminta kepada Allah SWT.
Allah SWT makbulkan doa saya. Dan saya lafaz syahadah selepas itu. Saya datang kepada Allah SWT disebabkan doa saya dimakbulkan.
Dia menitipkan nasihat kepada seluruh umat Islam supaya tak hanya menunaikan solat wajib lima waktu.
Umat Islam harus mengamalkan solat sunat tahajud dan meletakkan seluruh jiwa kepada Allah SWT kerana di situ tersimpannya seribu keistimewaan.
@son_of_a_rose tahajjud prayers work! @ameenaroshae #tahajjud #nightprayers #witr #muslimstiktok #fajr #muslimsoftiktok #islamicreminder #islamicvideo #islam #dawah #quran #tahajjudprayers ♬ original sound – Bishar
Kredit: TikTok @son_of_a_rose
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
