Connect with us

Oh! Media

Kelantan Saran Masjid Dibuka Sepenuhnya Kepada Individu Yang Sudah Divaksin

Oh! Islam

Kelantan Saran Masjid Dibuka Sepenuhnya Kepada Individu Yang Sudah Divaksin

Kerajaan negeri Kelantan mencadangkan supaya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk memberi kebenaran kepada mana-mana jemaah yang sudah melengkapkan suntikan vaksin untuk solat di masjid.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Kosmo Online, Dr. Izani Husin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri mengatakan pihaknya berharap cadangan yang dikemukakan diperkenan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Tindakan pembukaan semula masjid amat tepat berikutan risiko orang yang sudah menerima vaksin untuk mendapat jangkitan Covid-19 adalah kurang – katanya. 

Tambahnya, pihaknya berharap jumlah kedatangan jemaah yang sudah lengkap dua dos suntikan sudah tidak dihadkan lagi seperti sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pematuhan SOP ketika di dalam masjid seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah tetap perlu diamalkan. Setakat ini, Maik hanya membenarkan empat orang jemaah atau kakitangan untuk menunaikan solat fardu di semua masjid di negeri Kelantan.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas