Connect with us

Oh! Media

“Kau Punya Make Up Lagi Tebal Dari Isteri Aku” – Tareq Fit Tegur Influencer Pakai Serban Tapi Bersolek, Joget

Ohmedia tareq

Oh! Islam

“Kau Punya Make Up Lagi Tebal Dari Isteri Aku” – Tareq Fit Tegur Influencer Pakai Serban Tapi Bersolek, Joget

Tareq Fit anggap tindakan itu tidak wajar dan boleh timbulkan salah faham.

Jurulatih kecergasan terkenal Tareq Fit mencuri perhatian ramai selepas tampil menegur lelaki memakai serban tetapi berjoget di TikTok.

Menurut Tareq Fit, dia tidak berkenan melihat lelaki memakai serban tetapi wajahnya bersolek seperti wanita.

Tareq fit tegur lelaki pakai serban tapi make up

Menurutnya, serban adalah pakaian lelaki zaman Rasulallah dan masih dipakai ramai orang sehingga kini. Malah, sebagai orang Yaman, beliau sendiri memakai serban di kepalanya.

IKLAN

Aku tak suka dua video ni, kau pakai serban kau bersolek kau pakai serban tapi berjoget. Ini bukan sifat lelaki. Bila kau pakai serban, ini gaya seorang Muslim iman InsyaAllah. Aura lelaki sejati jantan. Kau punya make up lagi tebal dari make up isteri aku. Too much guys.

Tambahnya, jika pemakaian itu dinormalisasikan, tidak mustahil ianya akan mengundang salah faham. Tareq menasihati individu berkenaan supaya tidak mengulangi perkara sedemikian.

Lelaki, tolong jangan pakai make up. Tak baik! Ada laknat apabila lelaki ikut sifat-sifat perempuan dari pakaian ke make up ke percakapan ke..

Beliau bagaimanapun tidak melarang pemakaian serban, namun adab hendaklah dijaga supaya tidak mengundang fitnah dan salah faham kepada agama.

Pssttt! Bila melibatkan soal penampilan dan agama, memang ramai yang cepat sensitif. Tapi mesej utama Tareq Fit ni jelas, dia cuma nak ajak lelaki jaga imej dan maruah diri supaya tidak disalah tafsir oleh masyarakat.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas