Connect with us

Oh! Media

Johor Umum Waktu Rehat Sektor Swasta Hari Jumaat Dipanjangkan Kepada 2 Jam

Ohmedia copy of Untitled Design 3

Oh! Islam

Johor Umum Waktu Rehat Sektor Swasta Hari Jumaat Dipanjangkan Kepada 2 Jam

Kerajaan negeri Johor hari ini, secara rasmi mengumumkan waktu rehat bagi sektor swasta pada hari Jumaat dilanjutkan kepada dua jam, berbanding 1 jam 30 minit sebelum ini.

Pada 7 Oktober lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa cuti hujung minggu di Johor akan kembali kepada Sabtu dan Ahad, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Surau sekolah dan dewan akan dibuka untuk solat Jumaat

Image
Kredit foto Kerajaan Johor

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelaskan bahawa keputusan ini diambil untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di sektor swasta di negeri ini agar dapat menunaikan solat Jumaat dengan pergerakan waktu yang lebih selesa.

IKLAN

Beliau turut menyatakan bahawa surau, termasuk dewan di kawasan sekolah akan ditingkatkan untuk diberikan kebenaran melaksanakan solat Jumaat

Bagi memastikan pelajar-pelajar lelaki yang beragama Islam dapat menunaikan solat Jumaat, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti akan mengambil tindakan sewajarnya.-Katanya

#OhmediaNasihat

Tahniah kerajaan negeri Johor, keputusan yang harus diberikan pujian asbab terus memuliakan hari Jumaat. Moga negeri lain juga dapat ikuti usaha ini.

Ohmedia copy of Untitled Design 3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas