Connect with us

Oh! Media

Ini Hukum Rakam Kematian Seseorang Dengan Niat Bersuka-Suka Di Media Sosial

tiktok

Oh! Islam

Ini Hukum Rakam Kematian Seseorang Dengan Niat Bersuka-Suka Di Media Sosial

Sebelum ini tular di media sosial, tindakan tiga beradik ini yang dipercayai membuat rakaman video di sebelah jenazah bapa mereka telah mendapat kecaman dari orang ramai.

ADVERTISEMENT

Mengulas berhubung video tersebut, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memaklumkan perbuatan merakam video detik-detik penghujung hayat seseorang dengan niat untuk bersuka-suka atau berjenaka adalah haram hukumnya.

Menurut laporan Kosmo, Datuk Seri Dr. Wan Salim berkata tindakan sebegitu sekiranya dilakukan merupakan perbuatan tercela, tidak sensitif dan amat tidak beretika.

Kematian tidak wajar dijadikan bahan jenaka atau gurauan.

Jelas Wan Salim, kematian adalah suatu kejadian yang amat serius di mana seorang yang dalam keadaan nazak sedang menghadapi detik-detik penentuan bagi nasib dirinya selepas itu di alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan.

Mereka perlu membisikkan kalimah syahadah di telinganya supaya hayatnya diakhiri dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah).

tiktok

Tambahnya lagi, sepatutnya ahli keluarga seseorang yang sedang berada dalam situasi sebegini membantu menenangkan hati mereka yang sedang nazak sebagaimana diajar oleh Rasulullah.

Ahli keluarga dan mereka yang hadir di sisi seorang yang nazak disarankan membaca surah-surah tertentu seperti surah Yasin bagi memudahkan rohnya keluar.

Berfikirlah dahulu sebelum buat apa-apa perkara. Jangan terlalu mengikutkan nafsu tanpa bertanya pada iman. Harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan peringatan kepada kita semua.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas