Connect with us

Oh! Media

Apa Hukum Suami Halang Isteri Ke Rumah Ibu Bapa Dan Jumpa Adik Beradik? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Nini Thumbnail Om  1200 × 675px 9

Oh! Islam

Apa Hukum Suami Halang Isteri Ke Rumah Ibu Bapa Dan Jumpa Adik Beradik? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Lumrah apabila dah berkahwin, ada sesetengah individu yang menjarakkan hubungan dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Ramai menganggap segala keputusan isteri terletak di tangan seorang suami tanpa memikirkan perasaan dan hati ibu bapa sendiri.

Banyak juga kes atau aduan daripada para isteri yang meluahkan bahawa si suami melarang mereka untuk berjumpa dengan ibu bapa serta menghalang berjumpa dengan adik-beradik kerana si suami tidak suka dengan mereka. Ramai berpendapat isteri perlu mentaati suami 100% apabila sudah berkahwin.

Namun, menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus si isteri perlu mentaati suami selagi mana-mana perkara yang tidak bercanggah dengan perintah agama. Beliau juga menjelaskan, hukumnya haram jika suami tidak membenarkan isteri berjumpa dengan ibu bapa.

IKLAN

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin suami maka dia berdosa. Sepanjang dia keluar rumah sehingga dia sampai ke rumah. Tetapi jika dihalang dengan perkara yang dibenarkan syarak, ianya tak berdosa.

Dalam isu berkenaan di aplikasi Tiktok, si isteri mahu berjumpa dengan ibu bapa dan adik-beradik, katanya si suami tidak boleh menghalang.

Image 70

Kalau ibu bapa datang ke rumah nak jumpa isteri, tapi suami tidak izin jumpa, suami tu berdosa. Adik beradik isteri datang nak jumpa dengan isteri tapi suami tak suka. Isteri nak jumpa juga, tak berdosa tetapi kita yang berdosa.

Menurut ustaz juga, maksud dihalang adalah apabila si isteri keluar sesuka hati tanpa izin suami dan bukan ke rumah ibu bapanya.

Ustaz juga menasihati para isteri jika mahu berjumpa dengan ibu bapa atau adik beradik pastikan mengikut kesesuaian masa sebagai seorang isteri.

Kredit: Tiktok @nur_izhr

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sabrina Juhari
Sabrina adalah bekas pelajar intern di Oh! Media yang turut memainkan peranan sebagai hos digital separuh masa. Dengan bakatnya yang pelbagai, Sabrina juga bertindak sebagai editor, penerbit, dan penulis artikel untuk menyokong tim video Oh! Media dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas