Oh! Islam
Hukum Beli Kain Kafan T20 Tidak Salah Jika Niat Betul
Hukum beli kain kafan mahal tak salah jika niat betul dan tak diuar-uarkan, jelas pensyarah UKM.
Bila sebut pasal kain kafan, selalunya orang bayangkan kain putih biasa je. Tapi baru-baru ni, tular pula seorang usahawan ni yang siap tempah kain kafan daripada pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, terus ramai netizen ‘naik minyak’.
Ramai yang persoal, tak ke membazir dan riak kalau sampai macam tu sekali? Tapi betul ke hukumnya salah? Pensyarah UKM ada jawapan.
Bergantung pada niat bila beli kain kafan
Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa dari UKM, Mohd Izhar Ariff Kashim, menjelaskan bahawa membeli kain kafan mewah tidak menjadi isu besar selagi niatnya betul dan tidak menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, membeli kain kafan berkualiti tinggi adalah harus jika mengikut kemampuan individu, dengan syarat ia tidak dihebahkan dan hanya diketahui oleh ahli waris.
Tiada dalil yang mengharamkan umat Islam membeli kain kafan yang mahal atau berkualiti tinggi.- Katanya.
Jika untuk menunjuk atau promosi, hukumnya berbeza
Tapi kalau kain kafan mewah tu dijadikan bahan promosi atau diumumkan kepada umum, walaupun tanpa niat takbur, hukumnya boleh jadi makruh.
Lebih teruk lagi, ia boleh jadi haram kalau niatnya untuk bermegah atau menghina mereka yang guna kain kafan biasa.
Perbuatan membeli kain kafan dan menghebahkannya kepada umum pula menjadi haram sekiranya bertujuan untuk riak, sombong atau menghina set kain kafan yang murah.- Katanya lagi.
Ibadah mesti seiring dengan realiti hidup
Mohd Izhar turut tegaskan bahawa niat beli kain kafan mewah kadang-kadang datang daripada keinginan untuk menyediakan yang terbaik untuk urusan akhirat.
Beliau bandingkan dengan pakej haji mewah yang mencecah ratusan ribu, selagi tak bercanggah dengan prinsip syariah dan individu itu tidak culas dalam kewajipan agama lain seperti zakat, sedekah, dan wakaf, maka tidak menjadi masalah.
Kita tidak boleh menghukum perbuatan seseorang itu khususnya melibatkan niat kecuali terdapat perbuatan jelas yang menjurus seseorang itu kepada perbuatan haram.- Peringatannya.
Pssttt! Ohmedia rasa benda ni ajar kita satu perkara penting, angan cepat melatah atau viralkan sesuatu sebelum faham konteks sebenar. Kadang-kadang, niat orang tu lebih baik daripada apa yang kita sangka.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.



HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM