Connect with us

Oh! Media

Hina Islam, Apakah Hukum Solatkan Jenazah Mereka? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Oh! Islam

Hina Islam, Apakah Hukum Solatkan Jenazah Mereka? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dapat kita lihat, isu berkenaan individu yang menghina dan mempersendakan agama Islam semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Penjual Selalu ‘Burn’ Deposit Pelanggan, Ini Jawapan Ustaz Azhar Terhadap Hukum Guna ‘Wang Deposit’

Lebih memalukan apabila perbuatan itu dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.

Individu hina Islam jatuh dalam kategori murtad

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus turut memberikan respon terhadap isu yang seakan menjadi ‘trend’ dalam kalangan masyarakat ketika ini.

Memetik laporan Kosmo, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum menyembahyangkan jenazah mereka yang menghina agama Islam adalah haram kerana telah jatuh dalam kategori murtad meskipun mereka mengaku beragama Islam.

Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik.

Jelas Ustaz Azhar lagi, mereka yang munafik akan berada di neraka paling bawah di akhirat kelak.

Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah.

Diharap kita semua mengambil iktibar dari perkara ini dan jangan pernah mempermainkan agama kerana boleh memudaratkan kita di lain hari.

Dekat dunia pun dah kena dengan macam-macam hukuman dan pertuduhan, inikan pula di akhirat nanti.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas