Connect with us

Oh! Media

Ditinggalkan Suami Bersama Hutang RM1 Juta, Nasib Wanita Ini Dapat Perhatian Dr. Zulkifli

Oh! Islam

Ditinggalkan Suami Bersama Hutang RM1 Juta, Nasib Wanita Ini Dapat Perhatian Dr. Zulkifli

Sudah jatuh ditimpa tangga! inilah peribahasa sesuai untuk menggambarkan nasib seorang wanita apabila dia ditinggalkan oleh suaminya yang berstatus warga asing. Lebih teruk lagi, suaminya itu lari dengan meninggal beban hutang hampir RM1 Juta kepada wanita tersebut.

ADVERTISEMENT

Sudah semestinya di musim pandemik ini, rata-rata rakyat mengalami kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mencari wang demi menanggung keluarga atau diri sendiri oleh sebab pekerjaan yang sangat terhad buat masa kini.

Kisah sedih itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melalui hantarnnya di laman Facebook miliknya yang mana beliau menerima pesanan emel daripada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizah (Bukan nama sebenar).

Saya membaca emel Puan Faizah (bukan nama sebenar) dengan penuh teliti. Beliau asalnya hidup bahagia bersama suami dan anak-anak. Kemudian keadaan mula berubah apabila suaminya merupakan warganegara luar melarikan diri dengan meninggalkan hutang hampir RM1 juta.

Katanya lagi, wanita berkenaan bagaimanapun menguruskan anak-anaknya seorang diri dengan khudrat yang ada. Namun, keadaan pandemik yang melanda merencatkan sumber pendapatan wanita berkenaan.

Anak-anaknya yang telah bekerja juga hilang pekerjaan. Seorang lagi masih menuntut di universiti.

Wanita berkenaan juga terpaksa menggunakan khidmat along oleh sebab kesempitan hidup, namun konsisten melunaskan hutang tersebut sehingga selesai.

Bertindak dengan perkara itu, Dr Zulkifli bersama beberapa agensi bawahnya telah hadir ke kediaman wanita itu semalam bagi memberikan bantuan.

Dalam kunjungan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Baitulmal menyalurkan bantuan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang, Skim Bantuan Kecemasan Skim Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negeri dan Skim Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.

Datuk Dr. Zulkifli hadir dengan beberapa agensi ke kediaman wanita berkenaan bagi menghulurkan bantuan.

MAIWP juga berbesar hati melunaskan sewa beli bulanan rumah yang didudukinya untuk beberapa bulan serta Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menyumbangkan wang tunai dan mendaftarkan beliau sebagai penerima modal perniagaan wanita Arrahnu Biznita.

YaPeim juga turut menyalurkan barang asas dapur serta bantuan pengajian kepada anak wanita tersebut.

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Tabung Musa’adah juga menyampaikan sumbangan wang tunai untuk perbelanjaan bagi keluarga itu.

Dr. Zulkifli melalui hantaran yang sama turut mendoakan agar Puan Faizah mampu mengharungi musim pandemik ini dengan tabah di samping anak-anaknya.

Kredit: Datuk Dr. Zulkifli, Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas