Connect with us

Oh! Media

Cipta Rekod Baru, Jejak Rasul Catat 2.2 Juta Tontonan

Oh! Islam

Cipta Rekod Baru, Jejak Rasul Catat 2.2 Juta Tontonan

Dokumentari Islamik terbitan TV3, Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul mencipta rekod baru apabila episod keenam edisi ke-27, minggu lalu, telah meraih 2.2 juta tontonan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, dokumentari berkonsepkan islamik itu yang menjadi tontonan kegemaran rakyat Malaysia setiap Ramadan, berjaya mencapai serta merekodkan 2.2 juta penonton ketika disiarkan pada jam 6.30 petang hingga 7 malam, sabtu lalu, berdasarkan maklumat Nielsen Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata edisi terbaharu Jejak Rasul mencatat kejayaan yang membanggakan hasil titik peluh dan komitmen yang tinggi ditunjukan oleh kumpulan produksi.

Datuk Khairul Anwar Salleh bangga akan kejayaan yang dicatatkan oleh Jejak Rasul

Alhamdulillah, Jejak Rasul edisi 2021 mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sejak minggu pertama yang merekodkan 1.2 juta penonton bagi episod ketiga.

Terkini, episod keenam mencatatkan 2.2 juta penonton. Walaupun tidak dapat menjalankan penggambaran di Makkah dan Palestin seperti dirancang, saya kagum dengan komitmen dan dedikasi produksi.

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya sebagai pengacara Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul membawa kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.

Episod keenam Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul berjaya merekodkan 2.2 Juta penonton.

Walaupun terdapat sekatan ke luar negara oleh sebab pandemik Covid-19, Khairul Anwar mengatakan penonton masih boleh menyaksikan naratif dan videografi yang cantik ketika menjejak peninggalan sejarah Islam di Malaysia.

Episod keenam yang disiarkan pada 18 April lalu mencari jawapan benarkah sebuah wilayah Islam wujud di Melaka sebelum kehadiran Parameswara selain meninjau apakah benar Kesultanan Melaka terbentuk hasil dakwah alim ulama asing.

Penonton boleh menonton Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul sebanyak 15 episod hasil tajaan Pharmaniaga Baraka dan Jabatan Muzium Malaysia pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang di TV3 manakala siaran ulangan boleh ditonton di TV9 pada setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 malam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas