Connect with us

Oh! Media

Cecelia Yap Mohon Maaf Berhubung Hantaran Berbaur Penghinaan

Ohmedia a396a788 b0c2 4542 97d3 01ae9ef678c6

Oh! Islam

Cecelia Yap Mohon Maaf Berhubung Hantaran Berbaur Penghinaan

Akhirnya pemilik akaun media sosial, Cecelia Yap Song KL yang sebelum ini viral dengan kontroversi penghinaan terhadap agama Islam di Facebook tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan firma guaman Saibullah MV Nathan & Co, Cecelia berasa kesal atas kenyataan sensitif yang dikeluarkan di media sosial hingga menyinggung perasaan ramai pihak.

Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini di masa hadapan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Dengan rasa rendah diri saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan insiden ini.

Kontroversi bermula dari posting Harith Iskandar

6d1487a2 823d 4b7d 88ca 6f3824789c4e

Punca utama isu ini berlaku melalui satu gambar menu dimuat naik Harith menunjukkan sebuah kedai kopi yang memaparkan nama hidangan ‘Ham Sap Kopi’.

IKLAN

Harith dikatakan secara sarcastik menyentuh isu sandwic ham yang menjadi tular sebelum ini melibatkan kedai rangkaian serbaneka di sebuah institusi pengajian tinggi.

Posting itu menyebabkan Cecelia Yap meninggalkan komen menyentuh nama Nabi Muhammad lalu menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga 16 laporan polis dibuat di seluruh negara.

PDRM telah lakukan siasatan

Cecelia

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan siasatan ke atas Harith dan Cecelia Yap dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

#OhmediaNasihat 

Setiap ucapan atau komen di media sosal yang korang buat perlu mengambil kira sensitiviti agama dan budaya masyarakat. Hormati perbezaan dan elakkan perkara yang boleh mencetuskan perbalahan.

Ohmedia a396a788 b0c2 4542 97d3 01ae9ef678c6

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas