Connect with us

Oh! Media

Bersimpati Dengan Derita Rakyat Palestin? Ini Hukum Syarikat Korporat Yang Ingin Hulurkan Zakat

Palestin

Oh! Islam

Bersimpati Dengan Derita Rakyat Palestin? Ini Hukum Syarikat Korporat Yang Ingin Hulurkan Zakat

Sehingga ke hari ini, pergolakan yang berlaku di Palestin telah membuka mata jutaan masyarakat dan banyak negara yang menyaksikan sendiri kekejaman dilakukan rejim zionis Israel.

ADVERTISEMENT

Malah, pelbagai sumbangan turut dihulurkan oleh masyarakat dari serata dunia kepada penduduk di Semenanjung Gaza, tidak terkecuali rakyat Malaysia, termasuklah kerajaan Persekutuan dan syarikat korporat.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berhasrat untuk menyalurkan zakat kepada rakyat Palestin bagi membantu meringankan penderitaan yang dialami mereka.

Palestin

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat, zakat perlulah disalurkan terlebih dahulu kepada masyarakat setempat menerusi Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Ulama Syafi‘iyyah dan Hanabilah tidak membolehkan zakat dipindahkan ke negara lain yang jaraknya membolehkan untuk diqasarkan solat.

Manakala, ulama Malikiyyah juga melarang memindahkan zakat ke jarak yang melebihi jarak perjalanan yang membolehkan mengqasarkan solat, kecuali bagi mereka yang memerlukan zakat tersebut di selain negara di mana harta itu berada.

Namun, Ulama Hanafiyyah berpendapat bahawa makruh memindahkan zakat selagi mana pemindahan tersebut bukan kerana suatu maslahah, contohnya kepada kaum kerabat.

Dalil orang yang membenarkan pemindahan zakat adalah di antaranya, perkataan ‘orang miskin’ dalam hadis Mu‘az bukanlah khusus untuk penduduk negara atau tempat itu sahaja, akan tetapi ia bersifat umum bagi semua orang miskin.

Tambahan, Nabi Muhammad SAW biasanya mengutus pemungut zakat untuk mengumpulkan zakat dari daerah-daerah terpencil ke kota Madinah, di mana zakat tersebut dibahagikan kepada orang-orang miskin di sana.

Jumhur ulama (termasuklah mereka yang tidak membenarkan pemindahan zakat) menyebut, jika seseorang tetap memindahkan zakatnya, maka itu sudah memadai (dianggap sah) dan dia telah memenuhi kewajipannya.

Palestin

Dr Zulkifli mencadangkan supaya jumlah zakat yang besar, dibayar dan diberikan kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing terlebih dahulu.

Jika terdapat sejumlah wang yang diberikan oleh agensi mengurus zakat untuk diagihkan sendiri kepada asnaf melalui skim khas berupa wakalah agihan kepada para pembayar zakat untuk membayar sendiri kepada asnaf, maka berikanlah kepada Palestin.

Inilah yang menurut saya lebih baik kerana meraikan kedua-dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi kedua-duanya sangat memerlukan kepada zakat tersebut.

Dengan keadaan semasa di Gaza yang masih meruncing, pelbagai bentuk penyaluran sama ada zakat, infaq, atau apa cara sekali pun perlu disampaikan ke sana dengan segera.

BACA: Tidak Sebarkan Rakaman Tragis Mangsa Syuhada Palestin, Boleh Buat Solat Jenazah Ghaib

Terdahulu, rakyat Malaysia boleh melaksanakan solat jenazah ghaib terhadap para syuhada (orang yang meninggal saat sedang membela agama Allah) di Palestin.

Kredit: Platform X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • Palestin
  • Palestin

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas