Connect with us

Oh! Media

mohammed salman

Oh! Islam

Benarkan Arak Dan Pawagam Di Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Dituduh Ejen Y?

Pasti ramai kenal dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman yang berani mengubah banyak undang-undang di sana. Antara perkara yang diubah adalah membenarkan pengambilan minuman beralkohol dan panggung wayang.

Tindakan Mohammed ini mendapat kecaman penduduk yang majoriti beragama Islam dan turut dianggap sebagai orang berbangsa yahudi. Ini kerana apa sahaja yang dilakukannya seumpama ingin menjatuhkan agama Islam dan menaikkan orang Yahudi.

IKLAN

Orang Yahudi ada misi untuk rosakkan Islam

Saya tidak akan takut untuk mengatakan bahawa Mohammed bin Salman boleh jadi anak kepada ibu bapa Yahudi. Orang Yahudi mempunyai misi untuk merosakkan Islam. Mereka bekerja untuk menyemai perpecahan sesama Islam dan menimbulkan perpecahan sesama kita. Jadi, saya tidak hairan jika Mohammed mempunyai keturunan Yahudi. – Kata Rashidi.

Maulana Sajid Rashidi adalah Presiden Persatuan Imam Seluruh India dan beliau membuat andaian itu semasa ditemubual wartawan Pakistan, Arzoo Kazmi ketika membincangkan mengenai Muslim di India dan Pakistan.

Mohammed dikatakan sedang melakukan reformasi dalam Islam tetapi membuka kedai arak, bar dan kasino tidak boleh dipanggil reformasi di bawah Islam. Ini kerana membenarkan pengambilan arak dan judi adalah dilarang sama sekali oleh Islam dan dianggap haram.

Lihat semua sejarah pemimpin lama jaga maruah Islam

Saya tidak mahu ambil pusing tentang perkara ini. Apa yang disebut pembaharuan yang dibawa oleh Mohammed bin Salman adalah tidak sesuai dengan Islam. Dia harus mengambil sehelai daun dari kitab nenek moyangnya, bagaimana mereka menjaga maruah kerajaan dan menjaga keharmonian Islam. – Tegas Rashidi.

Dunia sudah ada dipenghujungnya. Apapun kita persiapkan diri untuk berhadapan dengan Pencipta.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas