Connect with us

Oh! Media

Ada Pihak Persoal Tindakan Penuntut UIA Bersihkan Kuil Akibat Banjir, Ini Pandangan Mufti Pulau Pinang

banjir

Oh! Islam

Ada Pihak Persoal Tindakan Penuntut UIA Bersihkan Kuil Akibat Banjir, Ini Pandangan Mufti Pulau Pinang

Kenapa perlu cari silap pada perkara yang baik? Itulah yang berlaku kepada tindakan penuntut UIA (muslim) membersihkan sebuah kuil akibat banjir. Ini apabila ada suara-suara yang mempersoalkan tindakan mereka yang mendakwa orang Islam tidak sepatutnya masuk ke tempat ibadat agama lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar UIA Bantu Bersihkan Kuil Selepas Pemuda India Cuci Masjid Akibat Banjir

Menjawab isu ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berharap agar apa yang dilakukan penuntut UIA tidak dijadikan isu besar.

Saya harap isu ini tidak dipolemikkan mana-mana pihak dan tidak diperbesar-besarkan sehingga menambahkan kekeliruan orang ramai.

Manifestasi indah bagi merealisasikan semangat keluarga Malaysia

Dr Wan turut melihat apa yang berlaku itu adalah contoh terbaik untuk merealisasikan semangat keluarga Malaysia. Ini apabila kita dapat saling menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama.

Isu ini memang sensitif bagi masyarakat Islam yang komited kepada ajaran agama memandangkan sifat agama Islam itu sendiri yang tegak di atas tauhid yakni kepercayaan kepada keesaan Tuhan dan melarang keras penyekutuan tuhan (syirik) dengan apa jua makhluk-Nya.

Di dalam al-Quran juga ada ayat yang menyatakan bahawa syirik sama ada daripada di dalam kepercayaan atau ibadat, adalah dosa paling besar yang tidak akan diampun oleh Allah SWT

Perlu ada penjelasan dari pihak berwajib

Dr Wan bagaimanapun tidak menyalahkan mereka yang mempersoalkan isu ini. Disebabkan itu perlu ada penjelasan dari pihak berwajib samaada penuntut UIA hanya terlibat untuk amalan kebajikan atau sosial serta tiada kaitan sama sekali dengan kepercayaan atau upacara agama Hindu.

Sehubungan itu saya merayu kepada ilmuwan dan cerdik pandai supaya sentiasa berfikir dengan rasional mengenai sebarang tindakan yang hendak dilakukan.

Ia adalah demi mengelakkan ia disalah faham atau diambil kesempatan oleh pihak berkepentingan bagi memecah belah perpaduan rakyat

Bagaimanapun, kami percaya apa yang dilakukan penuntut UIA itu adalah semata-mata untuk menunjukkan semangat bersama. Semangat ini turut ditunjukkan pemuda berbangsa India sebelum ini yang bersama-sama membersihkan sebuah surau akibat banjir.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas