Connect with us

Oh! Media

2 Sesi Solat Subuh Dilakukan Kerana 12 Ribu Jemaah Serbu Masjid Johor Bahru

solat subuh ohmedia

Oh! Islam

2 Sesi Solat Subuh Dilakukan Kerana 12 Ribu Jemaah Serbu Masjid Johor Bahru

Ini bukan sekadar mimpi atau angan-angan lagi tapi ia sudahpun menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia beragama Islam berjaya membuktikan mereka mampu meneruskan usaha baik ini dengan mengimarahkan masjid untuk misi jadikan jumlah jemaah solat Subuh seperti solat Jumaat.

Keadaan solat Subuh pagi tadi (20 Januari 2024) di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru menjadi bukti apabila menerima lebih 12,000 jemaah.

Kali pertama jemaah Subuh seramai ini sejak masjid ditubuhkan…

image 43

Keadaan itu dikongsikan di laman Facebook di mana solat Subuh terpaksa dilaksanakan dalam dua sesi dan ini merupakan kali pertama ia berlaku sepanjang masjid beroperasi.

IKLAN

Sejak penubuhan, ini adalah kali pertama solat Subuh dilaksanakan dua sesi kerana terlalu ramai jemaah yang hadir.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pencetus bagi program ini.

Tahniah kepada semua dan semoga program sebaik ini dapat diteruskan.

image 44
image 45

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas