Connect with us

Oh! Media

Remaja Jual Buah Pinggang Demi iPhone Kini Hidup Sebagai OKU

Ohmedia lelaki jual buah pinggang iphone

Oh! Geekz

Remaja Jual Buah Pinggang Demi iPhone Kini Hidup Sebagai OKU

Remaja jual buah pinggang demi iPhone kini hidup sengsara sebagai OKU selepas 14 tahun.

Korang masih ingat tak dengan kisah budak muda yang sanggup jual buah pinggang semata-mata nak beli iPhone? Cerita tu pernah gegar dunia kira-kira 14 tahun lalu.

Masa tu, seorang remaja berusia 17 tahun dari Anhui, China bernama Wang Shangkun buat keputusan paling gila dalam hidupnya, sanggup korbankan buah pinggang demi nak dapatkan iPhone 4 dan iPad 2 yang tengah hype habis.

Dipengaruhi media sosial untuk dapatkan iPhone…

Menurut sumber, Wang ketika itu terpengaruh dengan cerita dalam media sosial yang mendakwa manusia boleh hidup normal walaupun hanya dengan satu buah pinggang.

IKLAN

Tanpa fikir panjang, dia pun hubungi sindiket pemerdagangan organ haram secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan keluarga.

Wang kemudiannya jalani pembedahan haram di sebuah hospital kecil dan dibayar sebanyak 20,000 yuan (lebih kurang RM13,000). Duit tu terus digunakan untuk beli iPhone 4 dan iPad 2. Tapi tak lama lepas tu, dia mula alami jangkitan serius yang akhirnya rosakkan fungsi buah pinggangnya.

Sindiket organ akhirnya ditumpaskan…

Setahun selepas kejadian, pihak berkuasa China berjaya menumpaskan sindiket berkenaan. Mahkamah kemudian arahkan pampasan sebanyak 1.48 juta yuan (lebih kurang RM962,000) kepada keluarga Wang. Malangnya, wang sebanyak itu langsung tak mampu pulihkan semula kesihatan Wang.

Kini, pada usia 31 tahun, Wang hilang 75 peratus fungsi buah pinggangnya. Dia perlu jalani dialisis secara berkala dan disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) tahap 3.

Bukan setakat tu je, Wang juga dah tak mampu bekerja dan selalu alami komplikasi kesihatan. Ibu Wang turut meluahkan rasa kesal kerana tidak membelikan telefon untuknya sejak awal lagi.

Pssttt! Kisah Wang ni memang buat kita terfikir, jangan sampai keinginan nak ikut trend sanggup korbankan kesihatan sendiri. Barang mahal boleh kita cari semula, tapi kesihatan sekali rosak memang susah nak pulih. Jadi, korang hargailah apa yang ada sekarang, jangan terlalu ikut kata orang sampai bawa padah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas