Trending
Lima Remaja Kes Zara Qairina Mengaku Tak Bersalah, Dibenar Ikat Jamin RM5,000
Lima remaja didakwa hina arwah Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar.
Kes melibatkan arwah Zara Qairina Mahathir kembali menarik perhatian selepas lima remaja dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu dan didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap mangsa.
BACA: Terkini! Pendakwaan Kes Zara Qairina Libatkan 5 Remaja Wanita
Namun, kelima-lima mereka mengaku tidak bersalah. Memetik laporan Harian Metro, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Lima remaja mengaku tak bersalah
Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima remaja itu didakwa mencapai niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina.
Kejadian didakwa berlaku di sebuah sekolah di Papar pada 15 Julai 2025, antara jam 10 hingga 11 malam.

Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan, bahawa semua tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, serta RM1,000 sebagai deposit.
Namun, maklumat lanjut berhubung prosiding tidak dapat didedahkan kerana mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan.
Pssttt! Semoga keadilan dapat ditegakkan dan menjadi pengajaran kepada semua tentang bahaya perbuatan mencela yang boleh membawa padah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM