Oh! Geekz
Aplikasi Waze Tiba-Tiba Tukar Bahasa Hebrew? Netizen Kecewa Dan Terus Buang Aplikasi!
Baru-baru ini, pengguna Waze mendakwa aplikasi navigasi popular itu secara tiba-tiba bertukar ke bahasa Hebrew.
Kejadian ini turut mencetuskan kekecohan di media sosial, terutama di TikTok, apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman aplikasinya, serta suami, mengalami perubahan bahasa tersebut.
Bukan hanya Hebrew, bahasa lain juga bertukar. Apa dah jadi dengan Waze?

Susulan kejadian ini, pengguna tersebut bertanya kepada ahli keluarganya dan ternyata ramai pengguna lain juga menghadapi isu serupa.
Ada yang melaporkan aplikasi mereka bertukar ke bahasa Arab dan Sepanyol tanpa sebab jelas.
Netizen buat keputusan uninstall aplikasi Waze!

Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman sama, malah ada yang terus membuang aplikasi tersebut daripada telefon mereka. Sesetengah pengguna menyatakan bahawa mereka merasa kurang selesa dengan perubahan bahasa mendadak ini.
Untuk makluman, Waze asalnya dikenali sebagai FreeMap Israel dan kini dimiliki oleh Google. Ia menyediakan perkhidmatan navigasi berasaskan GPS yang membantu pengguna di seluruh dunia.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM