Connect with us

Oh! Media

Tesla Model 3 Bakal Masuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM189k

Ohmedia  Tesla

Oh! Gear

Tesla Model 3 Bakal Masuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM189k

Tesla telah mengeluarkan satu lagi model baharu iaitu Tesla Model 3 untuk pasaran tempatan.

Keluaran baharu ini tampil dengan beberapa perubahan dari segi rekaan dalaman dan luaran berbanding versi awal yang dilancarkan sebelum ini.

Spesifikasi Tesla Model 3

Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan dwi-motor pacuan semua roda (AWD).

IKLAN

Untuk Model 3 RWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 513 km (WLTP), kelajuan maksimum 201 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.1 saat.

Bagi Model 3 dwi-motor AWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 629 km (WLTP), kelajuan maksimum 201 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.4 saat.

Dc41c9e9 8744 4885 b31d 10c74dbfe9fa

Dalam pada itu, harga jualan untuk Tesla Model 3 bermula dari RM189k untuk RWD dan meningkat kepada RM218k untuk dwi-motor AWD.

Malah, kenderaan ini turut menawarkan beberapa pilihan warna untuk bahagian dalaman dan luaran serta pilihan rim bersaiz dengan sejumlah penambahan harga untuk setiap pilihan

Sementara itu, Model 3 turut hadir dengan beberapa penambahan fungsi seperti Autopilot dengan harga RM16k dan Full Self-Driving (FSD) dengan harga RM32k. 

BACA: Stesen Tesla Supercharger Pavilion KL Berjaya Dibuka Kepada Pemilik Tesla

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai stesen pengecas pantas Tesla Supercharger pertama Malaysia bertempat di Pavilion Kuala Lumpur kini dibuka kepada semua kenderaan Tesla negara ini.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Dc41c9e9 8744 4885 b31d 10c74dbfe9fa
  • 875e13b6 87e9 4981 9b5d 311511a34802
  • A8cde688 0608 4aea bba4 bbeac7f565a3
  • Ohmedia  Tesla
  • Dc41c9e9 8744 4885 b31d 10c74dbfe9fa
  • 875e13b6 87e9 4981 9b5d 311511a34802
  • A8cde688 0608 4aea bba4 bbeac7f565a3
  • Ohmedia  Tesla

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas