Connect with us

Oh! Media

Stesen Tesla Supercharger Pavilion KL Berjaya Dibuka Kepada Pemilik Tesla

Oh! Gear

Stesen Tesla Supercharger Pavilion KL Berjaya Dibuka Kepada Pemilik Tesla

Stesen pengecas pantas Tesla Supercharger pertama Malaysia bertempat di Pavilion Kuala Lumpur kini dibuka kepada semua kenderaan Tesla negara ini.

Malah, stesen Supercharger dengan lapan petak pengecas itu terletak strategik di tengah ibu kota Kuala Lumpur, sekali gus memudahkan pengecasan dan pemilikan lancar kepada semua pemilik Tesla.

IKLAN
Screenshot 2023 08 23 at 103058 am 1000x383 1

Tambahan, sokongan bersepadu kenderaan Tesla dan aplikasi mudah alih memudahkan pemilik melakukan navigasi ke lokasi cas, prasyarat bateri kenderaan dan mengakses stesen pengecas untuk pengalaman pengecasan pantas dan tanpa kerumitan.

Dalam pada itu, ini termasuk pemantauan masa nyata mengenai ketersediaan pengecas, status pengecasan, pembayaran dan sokongan teknikal, dan sebagainya.

Berikutan pelancaran rasmi Tesla Malaysia Julai lalu, ini antara pencapaian penting dan komitmen berterusan Tesla untuk menyokong peralihan Malaysia kepada tenaga mampan.

Tesla supercharger 3 986x750 1

Pengecasan Super V3 dengan kecekapan puncak 250kW, pemilik Tesla Model Y mampu mengecas kenderaan mereka hingga 270km sepantas 15 minit.

Sehingga hari ini, Tesla mempunyai lebih 45,000 Supercharger di seluruh dunia. Tesla komited meluaskan rangkaian pengecasan di Malaysia dengan lebih banyak stesen pengecasan bakal dibuka tidak lama lagi.

BACA: Tesla Malaysia Belanja ‘Wall Charger’ Bagi Semua Tempahan Model Y Sebelum 31 Oktober

Terdahulu, Tesla Malaysia telah membuka tempahan untuk Model Y pada harga bermula RM199,000.

Kredit: PanduLaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas