Connect with us

Oh! Media

Tesla

Oh! Gear

Tesla Jual ATV Untuk Kanak-Kanak Pada Harga Lebih RM8k

Semalam kami melaporkan bahawa syarikat pengeluar kereta elektrik terkenal iaitu Tesla telah mengeluarkan satu produk terbarunya iaitu wisel. Bukan tu jer, mereka juga lancarkan All-Terrain Vehicle (ATV). Biar betul?

BACA : Tesla Jual Wisel Berharga Lebih RM200, Elon Musk Siap Bandingkan Dengan Produk Apple?

IKLAN

Menurut laman web rasmi Tesla, terdapat kenderaan untuk kanak-kanak yang dinamakan Cyberquad For Kids turut tersenarai. Rekabentuk ATV mereka itu juga berasaskan Tesla Cybertruck sama seperti Cyberwhistle mereka.

Dari segi ketahanan bateri, ianya didatangkan dengan bateri litium yang dikatakan mampu bergerak sejauh 24km. ATV ini mampu memecut hanya sehingga 16km/j dan itu merupakan kelajuan maksimum.

Tesla telah membuka pra-tempahan bagi Cyberquad For Kids ini di laman web rasmi mereka di pasaran-pasaran terpilih pada harga $1900. Ianya dijangka akan sampai kepada pembeli dalam masa 2-4 minggu.

Lain macam Tesla ni! Antara wisel dan ATV ni, mana satu yang korang berkenan? 

Kredit: Tesla

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas